• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Kanan TLDM Didakwa Terima Jam Mewah RM19,000

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas tuduhan menerima seutas jam tangan mewah bernilai RM19,000 berhubung urusan pembekalan barangan ke TLDM.

Leftenan Komander Khairul Izwan Mohd Khir, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.

Khairul Izwan yang merupakan Pegawai Kawalan Material 2, Depot Bekalan Armada TLDM di Lumut, didakwa menerima seutas jam tangan jenama Bell & Ross bernilai RM19,000 daripada seorang kontraktor yang mana tertuduh mengetahui syarikat kontraktor berkenaan mempunyai hubungan dengan tugas rasmi tertuduh.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang pada 24 Mei 2013 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Aida Addha Abu Bakar dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan memohon supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh untuk dibicarakan bersama satu kes lain yang turut dihadapi tertuduh.

Peguam Norhasham Hasan yang mewakili tertuduh memohon jaminan sebanyak RM4,000 dengan alasan anak guamnya telah memberi kerjasama sejak ditangkap dan disiasat oleh SPRM selain turut dipantau oleh TLDM bagi memastikan kehadirannya ke mahkamah.

Hakim Rosbiahanin membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh.

Mahkamah juga menetapkan tarikh yang sama iaitu 8 Okt untuk kes itu disebut bersama dengan kes yang dihadapi tertuduh di Mahkamah Sesyen Ipoh.

Pada 9 Sept lepas, Khairul Izwan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas lima pertuduhan menerima wang dan sekeping kad debit berjumlah RM1.5 juta.

– BERNAMA

Dua Pegawai TLDM Didakwa Terima Barangan Bernilai Lebih RM2 Juta

Tags: rasuahTLDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd