• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Jerman Jelajah Dunia Bersama ‘Van Rumput’

oleh Ahmad Albab
30/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Jika dilihat daripada luar, ia kelihatan seperti sebuah van biasa yang disaluti rumput dan diparkir di tepi jalan.

Bagaimanapun, apabila dihampiri van yang diparkir di tepi jalan Lebuh Carnavon di sini, kenderaan itu memiliki keistimewaan tersendiri kerana ia telah diubah suai untuk pengembaraan menjelajah dunia oleh sebuah keluarga dari Jerman.

Van dimiliki pasangan Tobias Lehmann, 31, dan isteri Carolin Feneis, 33, itu dilengkapi tong simpanan air, dapur kecil, sinki, kabinet untuk menempatkan perkakasan dapur, meja makan untuk dua orang serta sofa yang juga merupakan katil.

image

Ketika ditemui Bernama di sini, Lehman berkata mereka amat gemarkan aktiviti menjelajah dan menggembara menggunakan pelbagai kenderaan sehinggalah mendapat idea untuk menjelajah dunia menggunakan van yang dibeli di Australia itu, selepas kelahiran anak mereka.

“Selepas kelahiran anak lelaki kami, Max Feneis di Australia, yang kini berumur 17 bulan, kami membuat keputusan meneruskan pengembaraan ke New Zealand selama enam bulan sebelum kembali ke Australia bersama van berkenaan,” katanya.

Bernama difahamkan, pasangan itu bersama anak lelakinya telah dua bulan berada di Malaysia, dan akan menyambung siri jelajah mereka ke negara seterusnya selepas visa melancong di sini, selama tiga bulan tamat.

Sebelum tiba di Pulau Pinang sebulan lepas, pasangan itu telah menjelajah ke beberapa negeri, antaranya Kuala Terengganu, Kuala Lumpur dan Kota Baharu.

“Selepas 13 Okt, kami bercadang menjelajah ke beberapa negara di Asia seperti Thailand, Kemboja, Laos, Myanmar, India, Pakistan dan Iran.

“Setakat ini, kami sudah menjelajah negara-negara Eropah seperti Poland, Latvia, Rusia, Mongolia, China, Tibet, Nepal dan banyak lagi,” kata Lehman yang juga merupakan ahli fisioterapi.

image

Sementara itu, seorang rakyat tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Sam, 42, berkata beliau mengenali pasangan itu dua tahun lepas melalui laman web untuk penjelajahan, dan mempelawa mereka ke Malaysia.

“Saya harap pasangan itu berjaya melengkapkan siri jelajah mereka ke seluruh dunia dan berharap mereka selamat sampai ke destinasi yang dituju,” kata Sam.

Bagi mereka yang ingin mengetahui perkembangan pasangan berkenaan dengan lebih lanjut, boleh melayari laman sesawang mereka di www.somewhereovertheworld.com. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=-sLX51Kxvy8

Tags: Van Rumput
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd