• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Harapan Kuat Walau Tanpa PAS – PAN

oleh Ahmad Albab
22/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perjuangan Pakatan Harapan bagi menggantikan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan tetap diteruskan walaupun tanpa PAS.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar berkata, pembentukan Pakatan Harapan membuktikan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAN tetap berpegang kepada tanggungjawab untuk meneruskan harapan rakyat.

“Walaupun PAS tidak hadir di persidangan dan tidak mahu bersama dalam pakatan baharu ini, namun kami menghormati keputusan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Fakhrulrazi berkata, Pemuda PAN akan mengadakan perbincangan dan pertemuan secepat mungkin dengan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda DAP (Dapsy).

Kata beliau, pertemuan itu bagi membentuk jawatankuasa Pakatan Harapan dan berbincang berkaitan hala tuju bersama.

“Kami sangat yakin kerjasama ini lebih kuat dan kukuh berbanding gabungan pakatan sebelum ini,” katanya.

PAS hari ini mengumumkan parti itu tidak menyertai Pakatan Harapan yang ditubuhkan PKR, DAP dan PAN kerana tidak mahu menjadikan parti itu sebuah parti yang bercelaru.

PAS turut menegaskan parti itu tidak akan bekerjasama dengan DAP dan PAN. - MYNEWSHUB.CC

Tags: Parti Amanah Negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) memperjuangkan Islam 'Rahmatan Lil Alamin' Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Islam 'Rahmatan...

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Nasional, Muammar Qaddafi Mohd Nasir mengakui Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) antara badan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd