Sample Page Title

AMARAN ! Pakar daripada Australia dan Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan amaran tentang bahayanya trend rambut man bun serta top knot kepada pengamalnya.

Sejak kebelakangan ini, fesyen rambut panjang dalam kalangan lelaki semakin menular dengan luasnya.

Tidak kira dari luar negara mahupun dalam negara, kebanyakan lelaki yang memiliki rambut panjang kini gemar mengikat serta menarik rambut mereka ke atas dan simpulkannya menjadi tocang di atas kepala.

[KAJIAN BUKTI WANITA TAK GEMAR TREND MAN BUN]

Kmef_WW3

Trend fesyen yang semakin mendapat perhatian ramai itu kini didakwa boleh mendatangkan kesan buruk kepada lelaki mahupun wanita.

Daya tarikan yang kuat pada rambut akan mengakibatkan mereka yang gemar mengamalkannya kehilangan rambut atau langsung botak di masa hadapan.

Menurut, pakar dermatologist dari AS, Sabra Sullivian, daya tarikan alopecia iaitu merujuk kepada situasi individu yang kehilangan rambut atau botak kini terlalu biasa.

“Saya dapat melihatnya satu atau dua kali dalam seminggu,” katanya.

tumblr_mbmeqnXDoX1rzqdv8o1_1280
Top Knot

Keadaan itu boleh mengakibatkan botak pada bahagian garisan rambut, ia berpunca daripada tarikan yang kuat pada kepala dalam tempoh yang agak lama.

“Mereka letakkan tekanan pada akar rambut seperti mana ia tidak sepatutnya berlaku. Gaya itu kini lazim dan popular di kalangan lelaki,” tambah Sabra.


Walau bagaimanapun, jika seseorang itu sememangnya gemar menggayakan rambut seperti itu, ia tidak ada masalah. Gaya ini tidak semestinya mendatangkan kesan buruk sahaja.

“Ramai lelaki yang gemar dengan gaya ini tidak menghadapi situasi daya tarikan alopecia ini. Tipsnya mudah sahaja, jangan tarik rambut itu terlalu kuat. Anda pasti tidak mahu jalankan rawatan transplan rambut nanti,” ujarnya lagi.

Pengarah Persatuan Antarabangsa Trikologi Australia, David Salinger juga menyatakan perkara yang sama sejak penularan gaya rambut sedemikian semakin mendapat perhatian kaum lelaki di sana.

Beliau turut melontarkan pendapat yang sama dengan Sabra mengenai bahayanya gaya man bun atau top knot ini kepada pengamalnya pada masa hadapan.

A-hipster-with-a-shaggy-beard-and-a-full-man-bun-hair-style

Jadi, lebih baik ambil iktibar serta nasihat pakar ini kalau tidak mahu hilang ‘mahkota’  di atas kepala itu pada masa hadapan.

Jika mahu gayakannya juga, pastika ikatan serta tarikan itu tidak terlalu kuat dan ketat seperti yang disarankan oleh pakar. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=_8GZP3ebBtE

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Pahang Rekod RM31.4 Juta Kerugian Kes Penipuan

Kuantan : Kerugian dilapor mangsa kes jenayah komersial di Pahang bagi 1 Januari hingga...

Jawi Sudah Mula Siasat Gerakan Hadi Minnallah

PUTRAJAYA : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sudah mengambil tindakan termasuk segera menyiasat...

Malaysia Akan Terima Kapal Tempur LCS Dua Tahun Lagi – Hishammuddin

Kerajaan akan melaporkan jadual dan perkembangan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) secara berperingkat.Ikuti...

Mahkamah Tolak Permohonan Zahid Dapatkan Injunksi Terhadap Muhyiddin

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid...

SIAPAKAH ANGGOTA PAC?

Sebelum kita beriya-iya membawang mengenai isu "kapal dah bayar tetapi tak dapat" seharusnya kita...

ISU KAPAL LCS: KEGAGALAN KEDUA RAFIZI HASUT RAKYAT

Memang tugas Rafizi Ramli menghasut rakyat. Apatah lagi dia kini Timbalan Presiden PKR. Jika...

4,684 Kes Baru, 11 Lagi Kematian

Sebanyak 4,684 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,705,824.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah kes...