• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Sedia 30,000 Unit Rumah PR1MA Di 70 Lokasi

oleh Ahmad Albab
01/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Rakyat negeri Pahang yang berpendapatan rendah dan ingin memiliki kediaman sendiri boleh menarik nafas lega apabila kerajaan negeri kini menyediakan sebanyak 30,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang di 70 lokasi strategik seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Negeri Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata rumah tersebut yang ditawarkan pada harga RM150,000 memberi alternatif kepada rakyat Pahang dalam suasana harga pasaran rumah yang begitu tinggi di negara ini.

“Setakat ini terdapat dua projek PR1MA Pahang yang telah siap iaitu di Gambang, Kuantan dan Triang, Bera manakala projek selebihnya masih berada pada pelbagai peringkat pembangunan termasuk peringkat meratakan tanah dan pembersihan kawasan.

“Buat masa ini, jumlah pemohon yang berdaftar dengan kami untuk memiliki rumah PR1MA Pahang ialah sebanyak 20,000 orang sedangkan bilangan unit rumah PR1MA Pahang yang telah diluluskan untuk pembinaan oleh kerajaan negeri berjumlah 30,000 unit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal di Punca Peringkat Negeri dan Kempen Pengumpulan Satu Juta Botol bertemakan ‘Satu Juta Botol Satu Impian’ di Kompleks Dagangan Indera Mahkota di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah SW Corp Negeri Pahang, Datuk Mohd. Nor Afandi Abd. Aziz.

Wan Rosdy dalam pada itu juga meminta rakyat negeri ini tidak perlu bimbang dengan isu harga rumah mahal memandangkan masih terdapat projek perumahan selain PR1MA yang menyediakan rumah mampu milik yang dibangunkan agensi lain.

PR1MA Pahang menawarkan rumah teres setingkat pada harga mampu milik dan selesa dengan keluasan 1,000 kaki persegi kepada golongan sasaran iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak RM5,000 ke bawah sebulan.

Pahang juga merupakan antara negeri yang menguatkuasakan arahan untuk mewajibkan semua unit kediaman mengasingkan sisa pepejal bermula semalam selain Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. – BERNAMA

Tags: PR1MA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

07/05/2023
0

SEREMBAN: Seramai 891 pemilik unit Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Residensi Seremban Sentral di sini yang sebelum ini membantah tindakan pemaju gagal...

Rakyat Malaysia Tanpa Slip Gaji, Kini Lebih Mudah Buat Pinjaman Perumahan – PM

04/03/2022
0

JOHOR BAHRU: Golongan Keluarga Malaysia yang tidak mempunyai slip gaji, kini boleh membuat pinjaman untuk membeli rumah idaman masing-masing, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd