• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Ramai Bantah Guan Eng Arah Bunuh Anjing

oleh AK-47
25/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN - Sekumpulan aktivis haiwan bebas dan badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Ketua Menteri Lim Guan Eng menghentikan segera aktiviti membunuh anjing yang dijalankan sekarang di negeri ini.

Seorang anggota jawatankuasa gabungan NGO ‘Stop Killing, Start Vaccinating’, Joel Gurprit Singh berkata membunuh anjing bukan penyelesaian kekal terhadap isu wabak penyakit anjing gila.

Beliau berkata Lim tidak mengamalkan dasar telus ketika menangani wabak anjing gila dan NGO tidak dirundingi sebelum negeri ini memutuskan untuk membunuh anjing-anjing terbiar dalam usaha menyekat penyakit itu dari merebak.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini semasa tunjuk perasaan menentang langkah kerajaan itu, Singh berkata kerajaan negeri perlu menyuntik vaksin bukan membunuh anjing.

“Jika vaksin kekurangan, sebuah NGO global menawarkan untuk menyuntik vaksin pada anjing-anjing terbiar di Pulau Pinang,” katanya.

Lebih 60 wakil dari pelbagai NGO berhimpun di Sudut Penceramah di Padang Kota Lama dan membawa kad board “Stop killing” (Hentikan Pembunuhan).

Bagaimanapun, Lim Shiang Mey, seorang wakil daripada ‘Penang Hope Of Strays’, berkata sekumpulan NGO telah berbincang dengan Lim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

Shiang Mey berkata Lim memberitahu kumpulan itu bahawa keputusan membunuh anjing-anjing itu dibuat oleh jabatan kesihatan persekutuan dan DVS dan bukan kerajaan negeri.

“Lim memberitahu kami beliau akan menghentikan aktiviti pembunuhan anjing dengan syarat DVS menyatakan ada cara lain lebih baik bagi menyekat wabak anjing gila,” kata Shiang Mey. – BERNAMA

Tags: anjing gilaLim Guan EngPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd