• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nurul Izzah Kecut Perut – Mahu Saman NST, BH

oleh Ahmad Albab
10/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar hari ini mengarahkan peguamnya mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar Berita Harian dan New Straits Times (NST).

Beliau mendakwa, kedua-dua akhbar tersebut telah membuat laporan berunsur penipuan keatas dirinya berhubung isu beliau menawarkan USD2 juta kepada bekas pegawai PetroSaudi International Ltd tersebut yang kini menjalani hukuman penjara tiga tahun di Thailand atas kesalahan cubaan peras ugut.

“Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya pernah menawarkan USD2 juta kepada Justo dalam bentuk kontrak kerajaan sekiranya parti pembangkang memegang kuasa. Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau.

“Saya telah mengarahkan peguam untuk meneruskan tindakan undang-undang ke atas NST dan Berita Harian,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Akhbar terbabit dalam laporan muka depan hari ini mendedahkan, butiran siasatan kes membabitkan Justo, termasuk pengakuan bertulis yang dibuat atas kerelaan sendiri, mendedahkan Nurul Izzah berminat membeli data mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dicurinya pada tahun 2011.

Bagaimanapun, Nurul Izzah yang juga anak Ketua Umum PRK, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini merengkok dalam penjara kerana kesalahan meliwat bukan pembeli berpotensi dimahukan Justo, yang mengakui dikuasai sifat tamak ketika itu. Dia mahukan bayaran tunai berjumlah USD2 juta (RM8.62 juta) bagi dokumen berkenaan.

Pengakuan itu menyebut, apabila Nurul Izzah menawar untuk membayar dalam bentuk kontrak yang bakal diperoleh sebaik pembangkang mengambil alih kuasa daripada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Justo tegas menolaknya.

Justo mendakwa editor portal Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, bertindak sebagai brokernya dan bertanggungjawab membawa Izzah ke dalam urusan itu.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: 1MDBNurul IzzahXavier Andre Justo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd