Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

GST: Pemilik Syarikat Telekomunikasi...

IPOH - Pemilik sebuah syarikat telekomunikasi hari ini didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen...

Sekohok, Kisah Romantik Seram...

MULA-MULA si uda akan menghantar mesej yang 'ehem-ehem' kepada si dara.Si uda berlakon jadi...

Firma Rusia Hasilkan Motosikal...

LAS VEGAS - Sebuah syarikat Rusia, Hoversurf memperkenalkan model motosikal terbang pada berharga...

2 Lelaki Hadapi Pertuduhan...

SEREMBAN - Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari...

Nepal Haramkan OKU Mendaki Puncak Everest

NEPAL kini dikhabarkan dalam usaha untuk mengharamkan orang kurang upaya (OKU) daripada mendaki puncak gunung tertinggi dunia, Gunung Everest.

Perkara ini dibuat atas tujuan keselamatan para pendaki yang dititikberatkan oleh pihak berkuasa negara banjaran Himalaya tersebut.

Tindakan itu terpaksa diambil selepas lima bulan berlakunya gempa bumi yang mengorbankan 18 pendaki.

Namun, ada pula pihak yang menyifatkan tindakan kerajaan Nepal itu sebagai diskriminasi terhadap golongan OKU.

Menurut Ketua Bahagian Pelancongan Nepal, Govinda Karki: “Kami tak rasa ia satu keperluan untuk beri permit mendaki kepada orang yang tidak boleh melihat, berjalan serta mereka yang ada kekurangan anggota badan.


“Mendaki Everest bukanlah satu perkara main-main, ini bukan satu bentuk diskriminasi, macam mana nak mendaki kalau pendaki tiada kaki?

“Kami mahukan keselamatan pendaki dititikberatkan, oleh itu beberapa langkah keselamatan awal perlu dilaksanakan bagi tujuan tersebut,” katanya.

erikdenalivision_1
Pendaki cacat penglihatan dari Amerika Syarikat, Erik Weihenmayer.

Untuk rekod, seorang pemuda cacat penglihatan dari Amerika Syarikat, Erik Weihenmayer pernah berjaya sampai ke puncak gunung tersebut pada Mei 2001.

Manakala pemuda dari New Zealand, Mark Inglis pula mencatat sejarah menjadi orang yang memakai kaki palsu pertama berjaya mencapai puncak tertinggi dunia pada 2006. – MYNEWSHUB.CC

inglis470
Pendaki dari New Zealand, Mark Inglis mencatat sejarah menjadi orang yang memakai kaki palsu pertama berjaya mencapai puncak tertinggi dunia pada 2006.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori