• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Terima Anugerah ICT Di Ibu Pejabat PBB

oleh Ahmad Albab
30/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Perjalanan hidup seorang wanita muda di utara semenanjung Malaysia tidak lagi indah selepas beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya yang meragut keupayaannya untuk berjalan.

Namun segala-galanya berubah selepas beliau diberi sebuah komputer, boleh berhubung secara dalam talian, seterusnya mewujudkan sebuah laman web serta mengendalikan blog.

“Hari ini, beliau menjalankan perniagaan dalam talian yang berkembang maju dan memperbaiki kehidupan dengan memanfaatkan peluang tanpa batasan yang ditawarkan menerusi Internet,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berucap pada majlis jamuan malam gala selepas menerima ‘Anugerah ICT Dalam Pembangunan Lestari’ bersempena sambutan ulang tahun ke-150 Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, yang diadakan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini pada Sabtu.

Beliau berkata pendapatan wanita itu meningkat berlipat ganda menerusi perniagaan dalam talian yang dijalankannya, dan beliau mengalami perbezaan menakjubkan yang dibawa ICT dalam hidupnya.

“Inilah sebenarnya manifestasi paling bermakna yang dibawa ICT sebagai daya pengubah kehidupan,” kata Najib.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wahid Omar; Duta Malaysia di Amerika Syarikat, Datuk Dr Awang Adek Hussin; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Wakil Tetap Malaysia di PBB Datuk Ramlan Ibrahim.

Najib berkata untuk Malaysia menjadi sebuah negara ekonomi maju dan inklusif, kerajaan memberi penekanan ke arah mempertingkatkan pewujudan masyarakat celik IT yang berpengetahuan dan berkemahiran, dengan disokong oleh industri ICT yang mantap, teguh dan lestari.

Beliau berkata usaha akan diperkukuhkan untuk memacu ICT dalam ekonomi pengetahuan menerusi empat strategi utama — mencergaskan semula industri ICT, memastikan bekalan modal insan ICT berkualiti tinggi yang mencukupi dan berterusan, menambah baik prasarana ICT dan meneruskan penyertaan digital.

Najib berkata ini akan meningkatkan produktiviti menerusi inovasi dan menambah daya saing yang membawa kepada pewujudan kekayaan yang lebih besar.

“Kami percaya negara kami akan berkembang maju menerusi inovasi dan ICT untuk mewujudkan sebuah negara pintar digital,” katanya. - BERNAMA

 

Tags: Najib Tun RazakPBB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd