Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Adenan Pemimpin Luar Biasa...

KUALA LUMPUR - Allahyarham Tan Sri Adenan Satem merupakan seorang pemimpin luar biasa...

Sultan Johor Mahu Exco...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mahu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan...

FAMA Nafi Harga Ikan,...

ALOR SETAR - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menafikan dakwaan Persatuan Pengguna Pulau...

Foto: Ngeri.. Bumbung Bas...

NGERI.... seramai 43 pekerja dan seorang pemandu bas kilang berhadapan dengan situasi paling...

Menantu Dan Bapanya Didakwa Pukul Ibu Mentua

BENTONG – Seorang menantu perempuan bersama-sama bapanya dan dua saudaranya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan memukul ibu mentua wanita itu pada Mei lalu.

R. Padmini, 31, dan bapanya D. Ramachandran, 59, serta R. Ratna Piriatharsini, 29, dan G. Gopi, 23, didakwa memukul C.P Sarasoothey, 64, dengan menggunakan tangan dan menyebabkan bahagian muka, leher dan tangan mangsa cedera.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 1.40 pagi di rumah bernombor 104, Taman Karak Jaya, dekat sini pada 14 Mei lalu.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 321 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 323 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Majistret Khairuddin Anhar Mahmud membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Okt untuk sebutan semula kes. Mereka membayar jaminan itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Dayang Kasmayani Awang Anak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori