• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Tolak Perhimpunan ‘Anti Low Yat’ – Liow

oleh Ahmad Albab
06/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MCA hari ini sekeras-kerasnya menolak “Himpunan Rakyat Bersatu” yang dikatakan bersifat ‘anti Low Yat’, dijadualkan berlangsung di ibu negara tidak lama lagi.

Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perhimpunan itu, yang tidak dikenal pasti penganjurnya, boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian kaum di negara ini.

Ia boleh membawa kesan negatif kepada hubungan antara kaum yang telah terjalin, katanya.

Bercakap kepada pemberita dalam bahasa Mandarin, beliau berkata, “Kita bimbang perhimpunan tersebut akan mengeruhkan perpaduan kaum. Bukan mudah untuk membinanya, tetapi dalam masa sehari, sekejap sahaja boleh runtuh”.

“Oleh itu kita mahu pihak berkuasa menyiasat mengenai perhimpunan berkenaan atas faktor-faktor keselamatan,” kata Liow selepas merasmikan Konvensyen Tahunan MCA Wilayah Persekutuan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Wangsa Maju di sini.

Media melaporkan “Himpunan Rakyat Bersatu” itu dijadual berlangsung pada 16 Sept dan 10 Okt di Bukit Bintang dan Jalan Petaling.

Perhimpunan itu diadakan sebagai tindak balas dan protes terhadap perhimpunan Bersih 4.0 yang dikatakan mengganggu perniagaan di kawasan tumpuan orang Melayu di ibu kota. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong LaiPlaza Low Yat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK DUN Balakong: MCA Yakin Dapat Undi Melayu Dan India

06/09/2018
0

KUALA LUMPUR – MCA yakin parti itu tetap akan mendapat undi kaum Melayu dan India pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Mana-Mana Ahli MCA Boleh Bertanding Jawatan Tertinggi

29/08/2018
0

KAJANG - Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau menghormati hak mana-mana ahli parti yang mahu bertanding bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd