• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Pengasingan Sisa Pepejal Di 5 Lokasi Mulai Esok

oleh Ahmad Albab
30/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan melaksanakan program pengasingan sisa pepejal di lima lokasi di daerah ini, mulai esok.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata program pengasingan itu bertujuan mengurangkan sampah bagi proses kitar semula di tapak pelupusan selain pengurangkan penggunaan bahan mentah baru dalam penghasilan semula produk dan barangan.

“Program ini dinamakan ‘Projek Rintis Program Pengasingan Sampah dari Rumah’ yang mana ia merupakan langkah percubaan MBSA untuk mendidik dan mendedahkan penduduk Shah Alam tentang pengasingan sampah.

“Sebagai langkah permulaan, program ini akan dilaksanakan di lima lokasi iaitu di Seksyen 7 yang membabitkan Jalan Ferum, Jalan Pualam, Jalan Paladium, Jalan Vanadium serta Jalan Iridium; Seksyen 32 (Taman Anugerah, Taman Sri Bayu, Taman Bukit Naga 2 dan Taman Bukit Naga 3); Seksyen U8 (Jalan Adang dan Jalan Bidai); Seksyen U13 (Jalan Setia Indah 10) serta Seksyen U16 iaitu di Jalan Elektron,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata sehubungan itu, sebanyak 1,700 unit rumah akan terlibat dalam program berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata melalui pelaksanaan itu, penduduk dikehendaki mengasingkan setiap sisa sampah mengikut komposisi yang telah ditetapkan iaitu plastik, kertas, kaca dan aluminium.

“Rumah-rumah yang terpilih dalam program ini akan diberikan satu set plastik biru untuk kertas, jingga untuk sampah jenis plastik manakala coklat untuk sampah jenis kaca dan aluminium.

“Plastik itu akan digantikan semula sekiranya ia telah digunakan oleh tuan rumah untuk pengasingan bahan kitar semula tersebut,” katanya.

Recycle_Bin

Selain plastik berwarna, MBSA turut menyediakan tong sampah sebagai kemudahan kepada penduduk untuk menyimpan barangan kitar semula.

Ahmad Zaharin berkata kutipan barangan kitar semula akan dilakukan sekali seminggu iaitu pada Sabtu dan pihak kontraktor yang membuat kutipan juga akan merekod setiap berat bahan kitar semula yang dikeluarkan pemilik rumah.

“Sekiranya program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk, kita akan perluaskan program ini secara berperingkat di beberapa lokasi lain sekitar Shah Alam,” katanya. – BERNAMA

Tags: MBSASisa Pepejal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

23/05/2025
0

Shah Alam: Kerajaan negeri memandang serius isu bunyi seakan letupan di sekitar Shah Alam yang masih menjadi tanda tanya dalam...

MBSA Nafi Datuk Bandar Ditahan SPRM

MBSA Nafi Datuk Bandar Ditahan SPRM

30/09/2022
0

SHAH ALAM : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menafikan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor ditahan oleh Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd