• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MATTA Fair September 2015 Sasar 100,000 Pengunjung

oleh AK-47
06/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pameran Persatuan Agensi-agensi Pengembaraan dan Pelancongan Malaysia (MATTA) yang kini berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama tiga hari mulai 4 September, dijangka meraih jualan RM4 juta dan menarik lebih 100,000 pengunjung.

Pengerusi MATTA Fair, Hamzah Rahmat.
Pengerusi MATTA Fair, Hamzah Rahmat

Pengerusinya, Hamzah Rahmat berkata, MATTA fair pertama pada Mac lalu mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan melebihi jumlah jangkaan pihaknya sendiri.

“Kali ini, pameran disertai 1,233 gerai yang menyediakan pelbagai tawaran istimewa, meliputi pakej pelancongan dan pengembaraan, hotel, tarikan tema dan tawaran hebat oleh syarikat penerbangan.

“Pameran MATTA yang dibuka kepada orang ramai dari pukul 10 pagi hingga 9 malam ini, juga menyediakan pertandingan untuk pengunjung iaitu ‘Buyers Contest‘ yang menawarkan hadiah utama melancong tajaan Trafalgar,”  katanya dalam sidang akhbar perasmian MATTA Fair di PWTC, Jumaat.

Screen Shot 2015-09-04 at 1.34.33 PM

Dalam pameran itu, orang ramai berpeluang memilih pelbagai pakej pelancongan luar dan dalam negara yang disediakan 110 organisasi yang terdiri daripada 57 pengusaha pelancongan, 34 pengusaha hotel/resort dan 19 pengusaha produk pelancongan di dalam enam dewan yang berkelua­san 27,400 meter persegi.

Beberapa selebriti antarabangsa dan tempatan juga dijangka bakal memeriahkan lagi pameran ini antaranya bintang ‘Running Man’ Gary, penyanyi Rossa dan Amber Chia.

Majlis perasmian MATTA fair ini, disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun mewakili Menteri Besar Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Screen Shot 2015-09-04 at 2.32.37 PM

“Tahniah diucapkan kepada MATTA atas usaha menganjurkan pameran seumpama ini buat kali ke-40. Pelbagai tawaran menarik disediakan untuk anda nikmati dalam pameran yang berlangsung selama tiga hari ini.

“Oleh sebab saya dari Sabah, saya mengambil kesempatan ini, mengajak orang ramai berkunjung dan melancong ke negeri Sabah.

“Meskipun, Sabah diuji dengan ‘tragedi hitam’ susulan kejadian gempa bumi, kami percaya Sabah mempunyai kecantikan dan tarikan tersendiri.

“Tidak keterlaluan kami katakan, Sabah adalah ‘Destinasi Wajib Dikunjungi’ dalam negara kita,” kata Musa menerusi teks ucapannya yang dibaca oleh Masidi.

Screen Shot 2015-09-04 at 1.49.28 PM

[BACA: Pendakian Gunung Kinabalu Telah Dibuka Semula]

Bagi yang berminat, pengunjung boleh membeli tiket masuk ke pameran itu, yang berharga RM4 seorang di kaunter pendaftaran dan mendapatkan maklumat lanjut melalui laman sesawang www.mattafair.org.my. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=ea9DlK0mdrk&feature=youtu.be

Oleh: FARAH
Foto/Video: RIZA RAZAK

Tags: MATTAMATTA Fair
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Kos Tunai Umrah: Industri Pelancongan Bersifat Pasaran Bebas – MATTA

Kenaikan Kos Tunai Umrah: Industri Pelancongan Bersifat Pasaran Bebas – MATTA

27/01/2023
0

KUALA LUMPUR : Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) akan terus memantau dan menjalin kerjasama dengan agensi berkaitan bagi...

Jangan Diskriminasi Segmen Umrah

31/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen–Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) meminta kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mengambil tindakan tergesa-gesa termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd