• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masalah Bahasa Bukan Halangan Tonjol Kemahiran

oleh Ahmad Albab
22/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tahap penguasaan bahasa Inggeris yang lemah bukanlah alasan kepada mana-mana pelajar untuk tidak menonjol dalam bidang kemahiran mereka, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching.

Kejayaan 12 pelajar Kolej Komuniti Selayang menamatkan program ‘Work Based Learning’ (WBL) membuktikan bahasa tidak menjadi halangan asalkan pelajar itu mempunyai kesungguhan mengatasi kekurangan diri, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil tamat program WBL di sini, hari ini.

Kesemua pelajar berkenaan terlibat secara langsung membangunkan permainan komputer F1 2015 selama lapan bulan bermula November lepas setelah menyertai program WBL.

Program itu, katanya, merupakan kerjasama antara syarikat pembangunan permainan komputer Codemasters Studios Sdn Bhd dan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti menjadi platform kepada kesemua pelajar jurusan Diploma Games Art untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari selama ini.

Sementara itu, peserta cemerlang program WBL Muhammad Syazwandin Mohd Nor, 23, berkata kesemua pelajar dipecahkan kepada beberapa kumpulan bagi membina permainan komputer F1 2015 antaranya membina ‘asset games’ dan mengemas kini ‘asset games’.

“Kami memang ada masalah bahasa dengan tenaga pengajar semasa menjalani program ini namun kami usaha sendiri. Komunikasi kami dengan tenaga pengajar banyak melalui e-mel. Kami guna Google Translate untuk menterjemah apa yang kami ingin e-mel kepada tenaga pengajar,” katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti Datuk Amir Md Noor berkata setiap kolej komuniti mempunyai program peningkatan bahasa Inggeris iaitu English Proficiency in Communication (EPIC) bagi membantu pelajar kolej komuniti menguasai bahasa Inggeris. – BERNAMA

Tags: Kemahiran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Baharu Fokus Pendidikan Kemahiran

23/10/2018
0

KENINGAU - Kerajaan baharu diterajui Parti Warisan Sabah akan memberi fokus kepada pembangunan pendidikan kemahiran dan latihan berteknologi tinggi yang...

MEF Gesa Kerajaan Fokus Kemahiran Pekerja Daripada Gaji Minimum

06/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu memberi fokus terhadap usaha meningkatkan kemahiran pekerja tempatan dengan sekurang-kurangnya menganugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd