• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MARA Hentikan Tajaan Kepada Pelajar Baharu Universiti Taylor

oleh Ahmad Albab
21/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menghentikan penajaan bagi pelajar baharu yang melanjutkan pengajian ke Universiti Taylor atas pelbagai sebab, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, beliau berkata pelajar tajaan MARA yang sedang menuntut di universiti berkenaan dibenarkan meneruskan pengajian mereka.

“Saya sudah mengarahkan Ketua Pengarah MARA (Datuk Ibrahim Ahmad) untuk melihat perkara ini … kami akan menghentikan penajaan kepada (pelajar) pengambilan baharu atas pelbagai sebab.

“Bagaimanapun, kami tidak akan menghentikan penajaan pelajar sedia ada (di Universiti Taylor) kerana dikhuatiri akan menimbulkan masalah pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Jualan Teknologi Maklumat (IT) @ Busana di Menara MARA di sini, Isnin.

Turut hadir Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad.

Ismail Sabri berkata demikian ketika diminta mengulas maklumat yang tersebar di media sosial bahawa MARA akan menghentikan pemberian biasiswa kepada pelajar tajaannya di Universiti Taylor.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerja-kerja pengubahsuaian pusat jualan IT @ Busana yang bakal menempatkan kira-kira 30 ruang jualan di tingkat tiga Menara MARA akan bermula esok dan dijangka selesai November ini dan dijadual beroperasi sepenuhnya pada Disember ini.

“Pusat itu yang menumpukan penjualan dan pemborongan alat-alat telekomunikasi dan pembaikan komputer akan memberi ruang kepada lebih ramai usahawan dan peniaga Bumiputera untuk mengembangkan perniagaan mereka,” katanya.

Ditanya sama ada permohonan masih dibuka kepada usahawan Bumiputera yang berminat untuk menjalankan perniagaan di pusat itu, Ismail Sabri berkata: “Kita akan mempertimbangkan permohonan mereka dan sekiranya sambutan menggalakkan, kita akan menimbangkan untuk membuka satu lagi tingkat kepada mereka.

“Keutamaan akan diberikan kepada usahawan dan peniaga Bumiputera, jika ada penyertaan bukan Bumiputera kita akan mempertimbangkannya,” katanya.

Selain itu, beliau berkata orang ramai masih berpeluang mengemukakan cadangan nama bagi pusat itu sehingga 30 Sept ini.

Katanya, pemenang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai RM5,000, RM3,000 bagi tempat kedua dan RM1,000 bagi tempat ketiga.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata pihaknya akan menaik taraf Bistro Menara MARA secepat mungkin untuk keselesaan para peniaga dan pelanggan. – BERNAMA

Tags: Ismail SabriMARA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gambar: Terkejut Ular Sawa Keluar Dari Motosikal

Next Post

Bas Henti-Henti 2 Tingkat Untuk Penduduk Kajang

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

Next Post

Bas Henti-Henti 2 Tingkat Untuk Penduduk Kajang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd