• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malindo Air Mulakan Penerbangan KL-Amristar Pada 25 Okt

oleh Ahmad Albab
22/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Syarikat penerbangan Malaysia, Malindo Air, akan melancarkan penerbangan antara Kuala Lumpur dan Amritsar di Punjab, India, pada 25 Okt.

Menurut kenyataan Malindo Air hari ini, syarikat penerbangan tambang murah itu akan mengadakan penerbangan tiga kali seminggu menggunakan pesawat Boeing 737-900ER bagi laluan berkenaan.

“Penerbangan sejauh 4,268km atau bersamaan dengan 5 jam 20 minit ini menandakan destinasi penerbangan paling jauh bagi syarikat penerbangan ini dari hab utamanya di Kuala Lumpur,” menurut kenyataan itu.

Pada masa ini, rakyat Malaysia yang ingin ke Punjab perlu menaiki penerbangan ke New Delhi dan meneruskan perjalanan sama ada dengan kereta atau kereta api antara lima hingga lapan jam ke beberapa destinasi di negeri ini.

Kenyataan Malindo Air turut menyebut tambang promosi bagi Kelas Perniagaan bermula dari RM1,309 sehala manakala tambang Kelas Ekonomi pula bermula dari RM759 sehala, termasuk minuman dan sajian ringan, hiburan dalam penerbangan dan peruntukan bagasi percuma.

Dalam kenyataan sama, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan itu, Chandran Rama Muthy berkata, “kami berbesar hati untuk melebarkan sayap ke utara India menuju Amritsar.”

“Rakyat Malaysia dan penumpang transit dari negara jiran Singapura kini boleh mengharapkan penerbangan yang lancar ke Amritsar menerusi Kuala Lumpur sama ada bagi tujuan perniagaan, santai atau keagamaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Malindo Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malindo Air Perkenal Laluan Penerbangan Kota Bharu-Langkawi

05/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Malindo Air membuka tempahan untuk laluan penerbangan baharu Kota Bharu-Langkawi-Kota Bharu bermula 27 Januari ini. Malindo Air...

Malindo Air Gantung Penerbangan Ke Tianjin, Guangzhou

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan novel koronovirus 2019 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd