• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Diaibkan UAE Pada Pusingan Kelayakan Piala Asia

oleh Ahmad Albab
05/09/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia nyata bukan tandingan pasukan ranking ke-70 dunia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas mengalami kekalahan besar 10-0 pada aksi ketiga pusingan kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi, Khamis.

Kekalahan tersebut menyaksikan Malaysia yang berada pada ranking ke-168 dunia, kekal menghuni tangga tercorot Kumpulan A selepas kalah 6-0 kepada Palestin dan seri 1-1 menentang Timor Leste pada dua aksi terdahulu.

UAE nyata mendominasi perlawanan pada babak pertama menerusi ledakan tujuh gol.

Pesta gol skuad Al-Abyad bermula seawal minit ke-15 menerusi Mohanad Salem sebelum Ali Makhbout menggandakan kedudukan, selang enam minit kemudian selepas menyambar tangkapan kurang kemas penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat sebelum tuan rumah menambah dua lagi gol menerusi Ahmed Khalil (minit ke-23) dan dua minit kemudian oleh Habib Al-Fardan.

Kemasukan penjaga gol Perak, Zamir Selamat selepas itu nyata gagal membendung pintu gol negara daripada terus dibolosi menerusi sentuhan penyudah Ahmed Khalil pada minit ke-29, Ali Makhbout (m33) dan Mohamed Gharib (m39).

Kedudukan 7-0 itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama.

Bersambung separuh masa kedua, skuad Harimau Malaya cuba melakukan serangan balas sekali sekala namun masih gagal menembusi kekebalan benteng pertahanan UAE yang diketuai Mohanad Salem.

Ahmed Khalil mencipta hatrik selepas menjaringkan gol ketiga pada minit ke-70 untuk menewaskan penjaga gol gantian kedua Malaysia, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid.

Ali Makhbout turut mencipta hatrik pada minit ke-75 menerusi percubaan menarik dari luar kotak penalti sebelum Ahmed Khalil mengesahkan kemenangan besar UAE menerusi gol ke-10, selang dua minit kemudian dan keputusan berkenaan kekal sehingga tamat perlawan.

Malaysia dijadualkan menentang Arab Saudi pada aksi keempat kumpulan A di Stadium Shah Alam pada 8 Sept ini. – BERNAMA

Tags: Harimau MalayaUAE
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Pempengaruh Pro-Palestin Dakwa Akaun X Diharamkan UAE, Tuduh Emiriah Lindungi Israel

Pempengaruh Pro-Palestin Dakwa Akaun X Diharamkan UAE, Tuduh Emiriah Lindungi Israel

05/03/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  Seorang pempengaruh media sosial pro-Palestin yang terkenal, Jackson Hinkle, mendakwa akaun beliau di platform X (Twitter) telah diharamkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd