• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Maut Dalam Protes Antikerajaan Di Nepal

oleh Ahmad Albab
12/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATHMANDU – Rusuhan antikerajaan mengorbankan lima orang termasuk seorang pegawai polis di Jaleshwar dan Janakpur, kira-kira 450km dari sini, Jumaat.

Empat terbunuh selepas polis melepaskan tembakan semasa rusuhan di bahagian selatan negara itu manakala seorang pegawai polis berpangkat sub-Inspektor dibelasah hingga mati oleh kumpulan penunjuk perasaan di Jaleshwar.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri hari ini, lebih 40 orang mengalami kecederaan termasuk 13 dilaporkan kritikal dalam kejadian tersebut.

Kementerian itu menyebut polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri selepas kumpulan penunjuk perasaan bertindak ganas dengan menyerang anggota polis serta mahu menyerang bangunan kerajaan.

Penduduk di bahagian selatan bersempadan dengan India, yang dikenali sebagai Terai dan Madhes, mula melancarkan bantahan kerana menentang parti-parti utama persekutuan mencadangkan agar Dewan Perhimpunan (Parlimen) diperbadankan ke dalam perlembagaan.

Penduduk di tanah dataran selatan majoritinya berasal dari India telah menuntut autonomi untuk wilayah mereka.

Berikutan bantahan yang bertukar ganas, tiga parti utama termasuk parti Kongres Nepal pimpinan Perdana Menteri Sushil Koirala telah menangguhkan proses penggubalan perlembagaan selama dua hari dan merayu part-parti yang menentang tampil ke meja rundingan bagi menyelesaikan pertikaian melalui dialog.

Bagaimanapun kumpulan penentang menolak tawaran tersebut dan bertegas akan meneruskan bantahan sehingga tuntutan dipenuhi.

Antara tuntutan kumpulan terbabit ialah autonomi wilayah persekutuan di tanah dataran selatan, pengunduran tentera dari kawasan rusuhan, pampasan terhadap waris mangsa yang terkorban dan cedera dalam rusuhan, serta pembubaran proses penggubalan perlembagaan yang berlangsung sekarang.

Nepal kini dalam proses menggubal perlembagaan melalui Dewan Perhimpunan bagi memeterai perjanjian damai yang ditandatangani antara kerajaan dan pemberontak komunis pada 2006. – BERNAMA

https://youtu.be/n15cTRt2EmU

Tags: protes
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Protes Semakin Ganas Di Iran, Enam Maut

Protes Semakin Ganas Di Iran, Enam Maut

02/01/2026
0

TEHERAN - Penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan terus bertempur di beberapa bandar di Iran pada Khamis selepas protes membantah kos...

Keadaan Di UK Membimbangkan, Rakyat Malaysia Perlu Jauhi Kawasan Protes

Keadaan Di UK Membimbangkan, Rakyat Malaysia Perlu Jauhi Kawasan Protes

05/08/2024
0

Seremban : Demonstrasi di beberapa kawasan di United Kingdom (UK) kini semakin membimbangkan dan ada yang berubah kepada bentuk keganasan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd