• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lembaga Peperiksaan Umum Format Baharu UPSR Hari Ini

oleh Ahmad Albab
28/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Lembaga Peperiksaan dijangka mengumumkan format baharu untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada Isnin.

Menurut sumber, format baharu untuk peperiksaan bagi murid Tahun Enam itu akan menyerupai konsep Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Format UPSR sedia ada adalah berdasarkan prestasi murid-murid di dalam peperiksaan semata-mata.

Di bawah sistem itu, murid-murid di sekolah kebangsaan menduduki lima kertas peperiksaan manakala tujuh kertas bagi murid-murid di sekolah vernakular.

Ini kerana terdapat dua kertas untuk peperiksaan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

Pada tahun depan, muridi-murid di sekolah kebangsaan akan mengambil enam kertas dengan kertas kedua untuk mata pelajaran Sains manakala lapan kertas di sekolah vernakular.

Pada masa sekarang, murid di sekolah kebangsaan menduduki peperiksaan Bahasa Melayu (dua kertas), Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains manakala mereka yang belajar di sekolah vernakular akan diuji kemahiran dalam Bahasa Cina atau Bahasa Tamil.

Semua murid menduduki ujian bakat pada hari terakhir peperiksaan.

Difahamkan perubahan tersebut adalah selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan pada 2011, bermula dengan murid Tahun Satu.

Apabila memperkenalkan KSSR, Kementerian Pendidikan pada ketika itu berkata, ia bertujuan melahirkan insan yang holistik dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.

KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang diperkenalkan pada 1983 dan dikaji semula pada 2003.

Perubahan dilakukan dalam bidang berkaitan kurikulum, penilaian, latihan guru, pemantauan serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran.

KSSR memberi penekanan kepada pembelajaran yang menyeronokkan, pemikiran kritis dan kreatif, kemahiran penaakulan, komunikasi dan teknologi maklumat.

Kementerian itu berkata, KSSR adalah berdasarkan kepada enam bidang utama iaitu komunikasi, sikap dan nilai kerohanian, kemanusiaan, literasi sains dan teknologi, pembangunan fizikal dan keperibadian demi melahirkan insan holistik. – mStar Online

Tags: UPSR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

02/11/2023
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) terbuka dengan hasrat Sarawak untuk mewujudkan sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd