ISU bawa anjing dalam troli nampaknya semakin hari semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
Terbaharu, gambar seorang lelaki membawa anjing menggunakan troli di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tersebar sebentar tadi.
Gambar yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook, Lynda Rahman dipercayai dirakam selepas kejadian pertama di KLIA yang melibatkan dua orang wanita membawa anjing menggunakan troli di ruang legar Balai Ketibaan.
Lagi Isu Letak Anjing Dalam Troli, Kali Ini Di KLIA
Isu Anjing Dalam Troli KLIA, Pihak Lapangan Terbang Ambil Tindakan
Menerusi gambar, individu tersebut dilihat membawa anjing peliharaannya menggunakan troli di ruang legar Balai Pelepasan di mana turut terpapar, pihak kakitangan KLIA sedang menghampiri individu terbabit.
Pada ruangan komen, netizen rata-ratanya mempersoalkan tindakan lelaki tersebut yang mengabaikan notis larangan membawa haiwan peliharaan di samping sikap tidak sensitif terhadap masyarakat Islam negara ini.
Apa-apa pun, pihak KLIA perlulah lebih tegas dalam memastikan arahan yang dikeluarkan dipatuhi supaya perkara-perkara seperti ini tidak berulang.
Cuma satu sahaja persoalan kami, mengapakah anggota keselamatan yang menjaga pintu laluan di KLIA seakan ‘membenarkan’ sahaja haiwan peliharaan terlepas masuk?
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzqahmd
https://www.youtube.com/watch?v=U36e0EJONb4

