• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Pertama 407 Jemaah Haji Selamat Tiba

oleh Ahmad Albab
30/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Kumpulan pertama 407 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam tadi dengan menaiki pesawat SV5701 Saudi Airlines.

Ketibaan mereka pada 9.50 malam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah di Arab Saudi itu disambut anggota keluarga dan saudara-mara yang menunggu sejak 7 malam.

Turut menyambut ketibaan mereka ialah Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim serta beberapa pengurusan tertinggi TH.

Abdul Azeez dalam sidang medianya berkata sebanyak 68 penerbangan akan membawa pulang jemaah haji Malaysia bermula semalam sehingga 28 Okt depan, yang 43 daripadanya menggunakan pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) manakala selebihnya melalui Saudi Airlines.

Beliau berkata mereka adalah sebahagian daripada 25,087 jemaah yang berjaya melaksanakan haji termasuk 2,785 yang diberi kebenaran menunaikan haji di saat akhir.

Abdul Azeez berkata tiga jemaah tidak berjaya melakukan wukuf akibat koma dan TH akan memberi keutamaan kepada mereka untuk melaksanakan haji tahun hadapan sekiranya kembali sihat selepas ini.

“Seramai 24 jemaah meninggal dunia, lapan daripadanya adalah akibat tragedi kren tumbang di Masjidil Haram dan insiden rempuhan di Mina.

“Jika ditolak daripada yang meninggal akibat kemalangan, hanya 16 yang meninggal dan ia merupakan jumlah terendah berbanding bilangan kematian sebanyak 36 orang tahun lepas dan 39 sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata jumlah kematian jemaah yang berkurangan itu banyak dibantu persediaan rapi pengurusan TH dalam aspek penjagaan kesihatan termasuk membawa doktor pakar dan menambah bilangan paramedik.

Mengenai barangan peribadi jemaah yang meninggal dunia, Abdul Azeez berkata pengurusan TH akan membawa pulang dan menyerahkan sendiri kepada keluarga masing-masing beserta sijil kematian melalui pengurusan cawangan masing-masing.

Dalam pada itu, seorang jemaah yang terselamat dalam insiden kren tumbang berkata kejadian itu menyebabkan beliau tidak sedarkan diri selama setengah jam.

Mohd Nor Azman Hassan, 44, berkata sebelum kejadian beliau berada di dalam masjid kerana berhasrat melakukan tawaf sebelum secara tiba-tiba merasa sakit di bahagian belakang akibat dilibas objek daripada kren tersebut.

Kejadian itu menyebabkan bahu dan tulang rusuk saya patah, manakala kedua belah tangan sukar untuk digerakkan, katanya yang berasal dari Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

Kejadian kren tumbang pada 11 Sept lepas yang berlaku ketika hujan lebat dan ribut pasir di kawasan Masjidil Haram yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pembesaran itu menyebabkan tujuh orang jemaah Malaysia terkorban. – BERNAMA

Awani: Seramai 729 Jemaah Haji Malaysia Berangkat pulang

Tags: jemaah haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd