• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kualiti Udara Kekal Baik Dan Sederhana Setakat 6 Petang

oleh Ahmad Albab
06/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kualiti udara di kebanyakan kawasan di seluruh negara kekal baik setakat pukul 6 petang hari ini walaupun kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemeran Udara (IPU) sederhana meningkat kepada 27 berbanding 24 kawasan pada 1 tengah hari.

Maklumat terkini daripada laman sesawang Jabatan Alam Sekitar menunjukkan beberapa kawasan di negeri Johor antara lain Pasir Gudang, Muar dan Larkin Lama berkongsi bacaan IPU 80 manakala Kota Tinggi pula mencatat bacaan IPU 65.

Situasi sama turut melanda Bandaraya Melaka (79), Bukit Rambai di Melaka(78), Nilai (71), serta Port Dickson di Negeri Sembilan (62).

Bacaan IPU sederhana turut direkodkan di beberapa kawasan di Lembah Klang seperti Cheras (67), Banting (67), Putrajaya (58), Shah Alam (56), Batu Muda (54) dan Petaling Jaya (52).

Kualiti IPU sederhana turut direkodkan di Terengganu iaitu Kemaman (69), Paka (62) dan Kuala Terengganu (51).

Tujuh lagi kawasan yang mencatatkan bacaan IPU sederhana adalah Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

Tags: Kualiti Udara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kualiti Udara Bintulu Catat IPU Tidak Sihat

Kualiti Udara Bintulu Catat IPU Tidak Sihat

24/09/2023
0

KUCHING : Bintulu satu-satunya kawasan di Sarawak yang dilaporkan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada kadar tidak sihat, hari...

New Delhi Keluar Arahan Bekerja Dari Rumah, Tutup Sekolah

New Delhi Keluar Arahan Bekerja Dari Rumah, Tutup Sekolah

06/11/2022
0

NEW DELHI – Pihak berkuasa New Delhi mengarahkan separuh daripada kakitangan kerajaan untuk bekerja dari rumah ekoran kualiti udara yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd