• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuala Perlis Bakal Jadi Bandar Maritim – MB

oleh Ahmad Albab
09/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PERLIS – Kerajaan Perlis merancang untuk membangunkan sebuah tapak seluas tujuh hektar bersebelahan Hotel Brasmana di sini bagi menjadikan Kuala Perlis sebagai sebuah bandar maritim serba lengkap.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata kerajaan negeri menerima cadangan untuk membangunkan kawasan itu daripada pelabur swasta, bagaimanapun ia masih diteliti.

“Yang penting konsep pembangunan mesti sesuai, pihak swasta juga perlu mengkaji daya maju projek yang akan dilaksanakan kelak setelah kerajaan negeri bersetuju.

“Saya akan mengumumkan perincian pembangunan tapak ini setelah perjanjian dengan pelabur termeterai,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata pembangunan tapak tersebut akan menyokong kemajuan Kuala Perlis sebagai tempat tumpuan pelancong selain menjadi transit orang ramai yang menaiki feri untuk ke Pulau Langkawi.

Pembangunan itu akan mengandungi antaranya kompleks perniagaan, bangunan pangsapuri dan hotel selain menaik taraf serta menambah baik pusat-pusat, gerai makanan dan landskap Kuala Perlis.

Sementara itu, Azlan berkata bangunan Plaza Kuala Perlis milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) yang diibaratkan seperti ‘hidup segan, mati tidak mahu’ itu akan diubahsuai dengan kos kira-kira RM500,000.

Beliau berkata seorang usahawan tempatan akan menjadi penyewa utama plaza itu dengan menjadikan bahagian bawah sebagai pasar raya yang akan beroperasi pada Sabtu ini, manakala 20 lot di bahagian atas akan disewakan.

“Konsep ini saya yakin dapat menarik orang ramai mengunjungi plaza untuk berbelanja selain memberi kesan positif terhadap kemajuan Medan Selera bersebelahan plaza tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azlan ManPerlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

36 Rumah Rosak Dalam Kejadian Ribut Di Perlis

36 Rumah Rosak Dalam Kejadian Ribut Di Perlis

23/06/2024
0

Kangar : Sebanyak 36 rumah mengalami kerosakan dalam dua kejadian ribut yang melanda Perlis hari ini, dan Jumaat lalu, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd