• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairy Kecewa Dengan Tindakan Liar Penonton

oleh AK-47
10/09/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kesal dengan tindakan penonton yang bertindak membaling suar ke padang pada perlawanan antara Malaysia – Arab Saudi di Stadium Shah Alam, malam Selasa.

Berikutan tindakan itu, perlawanan keempat skuad Harimau Malaya di pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 itu terpaksa dihentikan pada minit ke-88 ketika Arab Saudi mendahului Malaysia 2-1.

Khairy dalam akaun Twitternya berkata, beliau menyaksikan sendiri insiden tersebut yang telah memalukan Malaysia.

Saya ada di Stadium SA malam ini. Melihat sendiri insiden yang memalukan. Baling suar salah. Kawalan stadium gagal.

— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) September 8, 2015

FAM lost control of their own stadium. Fans throwing flares were wrong. Both at fault tonight.

— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) September 8, 2015

Permainan terpaksa dihentikan selama 30 minit sehingga pihak urusetia perlawanan mengumumkan sama ada meneruskan aksi atau sebaliknya.

Sementara itu, seorang penyokong Malaysia, Abdul Aziz Jaafar, 45 tahun; berkata beliau kecewa dengan tindakan liar penonton yang telah mengakibatkan perlawanan dihentikan.

Anak jati Shah Alam itu berkata pihak keselamatan termasuk FAM sewajarnya lebih peka mengenai isu keselamatan terutama apabila perlawanan diadakan di stadium.

“Keadaan tadi sangat bahaya sebab ada balingan suar dan mercun roket yang tersasar ke arah penonton lain, termasuk penyokong Malaysia dan pelawat.

“Ini boleh membahayakan keselamatan mereka yang tidak terlibat. Lebih mengecewakan anggota keselamatan yang bertugas gagal mengawal keadaan tersebut sehingga berlarutan,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=zPVmX7aAcIs

Tags: bola sepakSukan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

14/08/2025
0

TELUK INTAN: Empat lelaki dikenakan bon menjaga keamanan selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana bergaduh...

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

24/02/2025
2

•⁠  ⁠Kerajaan menyediakan RM30 juta, termasuk RM15 juta dari pihak swasta, untuk pembangunan Harimau Malaya di semua peringkat dan kejohanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd