• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SOSMA: Khairuddin Fail Permohonan Habeas Corpus

oleh Ahmad Albab
28/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memfailkan permohonan habeas corpus bagi mencabar penahanan beliau mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Permohonan habeas corpus itu difailkan di kaunter pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui peguamnya, Fahmi Abd Moin.

Khairuddin, 53, selaku pemohon menamakan Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Supt Habibi Majinji; Ketua Polis Daerah Dang Wangi; Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga keempat.

Dalam permohonan itu, Khairuddin memohon perintah mahkamah bahawa penahanannya melalui notis di bawah Seksyen 4(5) SOSMA 2012 bertarikh 24 Sept lepas yang dikeluarkan responden pertama (Habibi) dan dilaksanakan di bawah seliaan responden kedua (Ketua Polis Daerah Dang Wangi) di Ibu Pejabat Polis Daerah, Dang Wangi, Kuala Lumpur adalah tidak sah dan terbatal.

Beliau juga memohon satu writ habeas corpus dikeluarkan mahkamah supaya dibebaskan serta-merta daripada tahanan, selain turut memohon relif-relif lain yang dianggap adil dan sesuai oleh mahkamah.

Khairuddin mengemukakan permohonan itu atas alasan penahanannya tidak mematuhi peruntukan undang-undang SOSMA 2012, berniat jahat dan berbentuk mala fide serta difikirkan kemudian oleh responden.

Suami kepada pelakon Umie Aida itu mendakwa penahanannya merupakan penyalahgunaan proses undang-undang dalam menggunakan SOSMA 2012 secara salah sedangkan tindak-tanduknya tidak langsung berunsur aktiviti pengganas.

Mengikut SOSMA 2012, Khairuddin boleh ditahan tanpa bicara sehingga 28 hari.

Pada 23 Sept lepas, Khairuddin ditahan semula mengikut SOSMA 2012 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta selepas tempoh tahanan reman bagi kes Seksyen 124C Kanun Keseksaan tamat.

Khairuddin sebelum ini ditahan reman sejak 19 Sept mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas cubaan melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Media tempatan melaporkan Khairuddin didakwa sedang merancang untuk meminta Amerika Syarikat campur tangan dalam hal ehwal Malaysia.

Pengkritik 1Malaysia Development Berhad itu ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di kediamannya di Mont Kiara di sini pada 18 Sept. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahKhairuddin Abu Hassan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd