• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kevin Morais: Polis Yakin Dapat Selesai Kes Dalam Masa Terdekat

oleh Ahmad Albab
16/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis yakin kes kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, dapat diselesaikan dalam masa terdekat berdasarkan beberapa pertunjuk baharu yang diperoleh.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata rakaman pada kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kereta Morais dihalang oleh sebuah kereta lain sebelum dia ditarik keluar dan dibawa lari.

“Kami akan selesaikan kes tersebut dalam masa terdekat dan setakat ini kita sudah ada petunjuk baharu,” katanya dalam sidang media Mesyuarat Biro Maritim Antarabangsa di sini hari ini.

Berhubung kereta yang dijumpai terbakar di ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak di Hilir Perak yang didakwa milik Morais, Khalid berkata siasatan masih berjalan.

Setakat ini tidak ada sebarang panggilan menuntut wang tebusan, katanya. Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata siasatan polis tidak menjumpai sebarang bukti yang boleh mengaitkan kenderaan tersebut dengan Morais.

Morais dikatakan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur, dengan memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q pada 4 September lalu untuk ke pejabatnya di Putrajaya. – BERNAMA

Tags: Anthony Kevin Moraispolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd