• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kevin Morais: Lelaki Yang Dikehendaki Polis Serah Diri

oleh Ahmad Albab
23/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lagi lelaki yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan mendiang Anthony Kevin Morais menyerah diri hari ini, menjadikan kesemuanya 11 orang yang ditahan berhubung kes itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata lelaki berkenaan R. Dinishwaran, 22, menyerah diri pada pukul 4.15 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Maklumat awal dan gambar Dinishwaran bersama seorang lagi lelaki M.Vishwanath, 25, yang dikehendaki polis dan berjaya ditahan semalam, disiarkan pihak media pada Ahad.

Tahanan reman bagi Dinishwaran akan dipohon esok bagi siasatan lanjut, katanya.

Dalam perkembangan sama, Zainuddin berkata tempoh reman enam daripada suspek yang berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 28 Sept ini.

Mayat Morais, 55, Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini Rabu lepas.

Mendiang dilaporkan hilang pada 4 Sept dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q. – BERNAMA

https://youtu.be/ZpcJQfO6-4o

Tags: Anthony Kevin Morais
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ikan Loma Sungai Rui Diancam Sisa Perlombongan

Next Post

Kanak-Kanak Lumpuh Otak Perlu Bantuan Jalani Pembedahan

Related Posts

Najib Sekali Lagi Tanya Kit Siang Mana Pendrive?

30/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menuntut veteran DAP, Lim Kit Siang mengemukakan pendrive yang sebelum...

Saya Ditawar RM1.5 Juta Jika Mengaku Bunuh Kevin Morais

27/08/2018
0

KUALA LUMPUR — “Saya ditawarkan wang RM1.5 juta jika mengaku bersalah membunuh Kevin Morais,”, dedah tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan...

Next Post

Kanak-Kanak Lumpuh Otak Perlu Bantuan Jalani Pembedahan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd