• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Wanita Tanggal Baju Di Jalan Petaling Disebut 13 Okt

oleh Ahmad Albab
21/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 13 Okt ini untuk sebutan kes bekas model yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai dengan gambarnya tanpa baju dan coli menjadi viral di laman sosial, April lalu.

Majistret Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne supaya diberikan tempoh dua minggu untuk serahan gambar serta rakaman video kes terbabit.

Malini turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa beberapa dokumen yang akan digunakan untuk perbicaraan telah diserahkan kepada tertuduh, Persana Avril Sollunda, 33.

Mahkamah sebelum ini menetapkan tiga hari bermula 11 Jan depan untuk perbicaraan kes itu. Persana Avril, yang diwakili peguam Kelvin Tan hadir di mahkamah hari ini memakai baju hitam serta berseluar biru.

Pada 10 Ogos lepas, mahkamah sama memutuskan Persana Avril adalah waras dan layak dibicarakan selepas meneliti laporan kesihatan mental yang dikeluarkan Hospital Tanjung Rambutan.

Persana Avril didakwa menanggalkan baju di khalayak ramai apabila gagal membayar selepas makan di sebuah kedai nasi ayam di Jalan Petaling di sini pada 23 April lepas.

Dia didakwa terhadap pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=ogsxakaBD2A

Tags: sakit mentalWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd