• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Anjing Gila: 165 Ekor Anjing Terima Suntikan Vaksin Di P.Pinang

oleh Ahmad Albab
19/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sebanyak 165 ekor anjing berlesen di Pulau Pinang telah menerima suntikan anti Rabies atau penyakit anjing gila selepas penguatkuasaan pewartaan penyakit itu pada 15 Sept lepas.

Pengarah Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang Dr Siti Salmiyah Tahir berkata jumlah anjing yang dibawa untuk divaksin naik mendadak selepas Ketua Menteri Lim Guan Eng mengeluarkan Perintah Suntikan Pencegahan Penyakit Anjing Gila (Negeri Pulau Pinang) 2015 berkuatkuasa semalam.

“Saya nasihatkan kepada tuan punya anjing untuk terus ke ibu pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Bukit Tengah, Bukit Mertajam bagi mendapatkan suntikan Rabies. Kami ada membuka klinik khas di sana. Kalau pergi ke cawangan mungkin tidak cukup bekalan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 135 ekor anjing terbiar di negeri ini telah ditangkap dalam operasi pengawalan dan pembasmian anjing yang bermula Rabu lepas (16 Sept).

Semalam Lim mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila berikutan berlaku dua kes yang membabitkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dan seorang dewasa berusia 44 tahun.

Sehubungan itu ketua menteri telah mengeluarkan perintah yang memberi kuasa kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Siti Salmiyah berkata lima pasukan terdiri daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pihak berkuasa tempatan terlibat dalam operasi pengawalan dan pembasmian anjing yang berjalan serentak di lima daerah di negeri ini.

Beliau berkata operasi tertumpu kepada kawasan panas seperti di Pokok Sena, Seberang Perai Utara, Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau, Jawi, Seberang Perai Selatan dan Jelutong.

Katanya operasi ini akan berterusan sehingga wabak itu berakhir.

Sementara itu, Lim ketika ditemui di satu majlis berkata kerajaan negeri membuat keputusan mengadakan operasi pengawalan dan pembasmian anjing itu berdasarkan kepada nasihat dan pandangan pakar.

“Saya harap semua pihak faham. Saya kena jalankan tanggungjawab sebagai ketua menteri demi kepentingan awam, keselamatan orang awam dan kesihatan mereka. Saya terima pandangan pakar-pakar saya. Tidak ada sebab untuk saya tidak mempercayai pakar-pakar yang ada.

“Rabies adalah satu ancaman. Saya harap jangan pertikaikan keputusan kerajaan negeri. Untuk pihak yang mempersoalkan perkara ini mereka kena ingat adakah mereka juga pakar. Saya tegas dengan keputusan saya, sungguhpun saya terima banyak kritikan. Ini demi kepentingan orang ramai,” katanya. – BERNAMA

Tags: anjing gilaPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd