• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Umum Transfromasi Program PLKN

oleh Ahmad Albab
13/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan akan melakukan transformasi ke atas Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi memastikan ia terus relevan dengan tuntutan semasa.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, PLKN telah melatih 800,000 remaja sejak 10 tahun lalu bagi mendatangkan kesan yang bermakna kepada pembangunan negara.

“Kami telah mengenal pasti enam aspek yang perlu diberi tumpuan menjelang pengenalan PLKN berwajah baru pada Januari 2016.

Enam aspek ini iaitu berhubung modul, kemasukan pelatih, jurulatih, kemudahan kem, alumni PLKN dan pelan komunikasi media,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hishammuddin berkata, aspek modul akan dijalankan dalam dua fasa iaitu `Integrated Learning Program’ dan `Hard Skill Training’ dengan Fasa 1 akan dilaksanakan selama lapan minggu manakala Fasa 2 antara tiga hingga 24 bulan.

Katanya, pengambilan pelatih secara sukarela akan dilaksanakan secara berperingkat sebelum pelaksanaan sepenuhnya pada 2019 dengan kekerapan pengambilan pelatih sebanyak empat kali setahun.

Selain itu, kata beliau, perlantikan jurulatih akan dibuat secara tetap supaya para jurulatih dapat membina karier sehingga ke gred 41 sebagai Pegawai Kesatria manakala kemudahan kem akan dipastikan lebih berkualiti dalam aspek prasarana dan sajian.

“Badan tunggal dan induk alumni PLKN akan diwujudkan bagi mengelola dan mengurus aktiviti alumni PLKN manakala penggunaan media perdana dan media sosial akan dioptimumkan bagi mendekati tiga kelompok sasaran iaitu ibu bapa, belia dan majikan berpotensi,” katanya.

Menurutnya, bagi memastikan kesemua enam aspek di atas dapat dilaksanakan dengan berkesan, Kementerian Pertahanan dan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan melaksanakan Projek Perintis selama dua bulan bermula 19 Oktober sehingga 19 Disember ini.

“Projek perintis ini akan dilaksanakan di Kem Princess Haliza, Selangor dan akan melibatkan penyertaan seramai 400 orang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya. – mynewshub.cc

 

Tags: KerajaanPLKN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Institusi Diraja Johor secara tradisinya mempunyai penglibatan yang sangat aktif dan bersifat paternalistik (kebapaan) terhadap pentadbiran negeri....

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

15/06/2026
0

KULAI – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan minyak mencukupi bagi mengelakkan rakyat berasa marah sehingga mencetuskan protes di jalan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd