• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Ujian DNA Morais Dalam Masa Dua Minggu

oleh Ahmad Albab
19/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat yang ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Subang, Selangor yang dipercayai Anthony Kevin Morais, akan diketahui dalam masa dua minggu.

Adik mendiang, Datuk Richard Morais berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Institut Forensik Nasional di Hospital Kuala Lumpur, Jumaat.

Richard dan abangnya, David menjalani ujian DNA di institut itu pada pukul 8.15 pagi.

Pada masa sama, Richard mengesahkan kepada Bernama, tiada upacara pengebumian akan diadakan untuk mendiang Morais yang juga Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, sehingga keputusan ujian DNA itu diketahui.

“Kita mungkin tak tanam, sebab keadaan mayat macam itu, jadi kita kena bakar, tapi tak tahu lagi di mana, sebab sekarang masih terlalu awal untuk buat keputusan,” katanya.

Sementara itu, sumber hospital menjelaskan tempoh dua minggu itu adalah purata waktu yang diberikan untuk keputusan ujian DNA.

“Keputusan mungkin diperoleh lebih awal daripada itu, ia boleh ambil masa hanya sehari,” katanya.

Mayat mendiang Kevin Morais ditemui disumbatkan dalam tong dram berisi konkrit di Subang Jaya, dekat sini Rabu lepas selepas seorang daripada tujuh suspek membawa polis ke lokasi di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah.

Kevin Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 Sept selepas kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q. – BERNAMA

Tags: Anthony Kevin Moraispolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd