• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPSR: Keputusan Laksana Format Baharu Kertas BI Kekal

oleh Ahmad Albab
29/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG – Kementerian Pendidikan akan meneruskan keputusan untuk pecahkan kertas Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada pemahaman dan penulisan mulai tahun depan disebalik gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) agar menangguhkan pelaksanaannya.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata jabatan telah memaklumkan orang ramai sejak 2010 bahawa perubahan akan dilakukan terhadap format kertas peperiksaan Bahasa Inggeris UPSR pada 2016.

“Kita bagi tahu sejak 2010 lagi, perubahan akan berlaku 2016 (untuk format peperiksaan Bahasa Inggeris UPSR),” katanya pada sidang media selepas melancarkan program ‘World’s Largest Lesson’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Pelabuhan Klang di sini hari ini.

Dr. Khair mengulas kenyataan Presiden NUTP, Hashim Adnan bahawa keputusan untuk kertas Bahasa Inggeris UPSR bagi pemahaman dan penulisan dipecahkan kepada dua gred bermula tahun depan patut ditangguhkan kerana tempoh sebelum pelaksanaannya hanya setahun dan terlalu singkat bagi pelajar dan guru untuk membuat penyesuaian terhadap sistem baharu itu.

Beliau dilaporkan berkata tempoh yang sesuai adalah dua tahun bagi pelaksanaan format baharu itu.

Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Datin Nawal Salleh berkata sebelum ini kertas Bahasa Inggeris (BI) bagi pemahaman dan penulisan digabungkan sebagai satu gred dan hanya kertas Bahasa Melayu (BM) dipecahkan kepada dua gred.

“Langkah untuk mengasingkan gred bagi pemahaman dan penulis kertas BI adalah selaras dengan usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar,” katanya.

Dr. Khair berkata peraturan baharu itu tidak akan menjejaskan Indeks Petunjuk Prestasi para guru kerana ia diukur berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukannya prestasi pelajar dalam UPSR.

Mengulas program ‘World’s Largest Lesson’ di SK Pelabuhan Klang, Dr. Khair berkata inisiatif itu untuk menonjolkan pentingnya penduduk global mengamalkan kehidupan lestari dan berusaha bersama-sama untuk mencapai Matlamat Global.

Inisiatif itu, katanya dilancarkan sebagai sokongan terhadap Matlamat Global bagi Pembangunan Lestari yang dilancarkan pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pembangunan Lestari di New York pada 25 Sept.

Pembelajaran yang dikendalikan oleh Dr. Khair untuk pelajar SK Pelabuhan Klang disiarkan secara langsung menerusi aplikasi ‘Frog Connected Classrooms’, membolehkan pelajar di 10,000 buah sekolah di Malaysia serta kelas di seluruh dunia akses kepada pelajaran itu mengikut waktu sebenar daripada kemudahan dalam talian sekolah masing-masing yang dijayakan menerusi projek 1BestariNet.

Sementara itu, Pengarah Program Yayasan YTL, Datin Kathleen Chew, berkata program ‘World’s Largest Lesson’ dijalankan bersempena dengan pelancaran ‘Frog Classroom’ di SK Pelabuhan Klang, inisiatif Yayasan YTL dengan kerjasama YTL Communications dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu.

“Frog Classroom membolehkan pelajar akses kepada maklumat di luar kawasan kelas seperti penyumberan maklumat daripada Internet dan mengikuti webseminar secara dalam talian yang membolehkan mereka belajar daripada pakar-pakar tanpa mengira di mana mereka berada,” katanya. – BERNAMA

Tags: UPSR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

02/11/2023
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) terbuka dengan hasrat Sarawak untuk mewujudkan sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd