• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kepala Kanak-Kanak 2 Tahun Tersepit Pintu Automatik

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Seorang kanak-kanak yang berusia dua tahun di China nyaris maut apabila kepalanya tersepit pada pintu automatik sebuah restoran tempatan, lapor media tempatan.

Kanak-kanak itu dilaporkan bermain berhampiran pintu kaca itu apabila seorang pelanggan membuka dan menutupnya tanpa menyedari budak itu kebetulan menjulurkan kepalanya ketika itu.

Ibu bapa mangsa yang makan di dalam restoran berkenaan di Nanning, ibu negeri wilayah Jiangsu di timur China, bergegas untuk membantu selepas mendengar tangisan anak mereka.

Bagaimanapun, mereka pula gagal membuka pintu automatik itu yang memang ketat dan sukar dibuka apabila ditutup sebelum pihak bomba terpaksa dipanggil.

Dengan menggunakan alat khas untuk meluaskan jurang pintu itu, kanak-kanak berkenaan berjaya dilepaskan dan mangsa dihantar ke sebuah hospital berhampiran dengan serta-merta.

Media tempatan melaporkan, pihak hospital mengesahkan kanak-kanak itu selamat. – Agensi/myMetro Online

 

 

Tags: Chinakanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.