• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelindan Lori Dihukum Gantung Kerana Membunuh

oleh Ahmad Albab
23/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang kelindan lori dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh jirannya, lima tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, S.M Komathy Suppiah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan ke atas M.Devinthiran, 29, yang didakwa membunuh K. Perumal, 32.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu bersama-sama seorang lelaki yang masih bebas di hadapan rumah No. A11, Bahagian Sepong, Ladang Sungai Samak, Ulu Bernam, Hilir Perak pada 14 Nov 2010, antara pukul 9 malam hingga 9.45 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Devinthiran yang memakai baju-T berwarna putih dan jeans biru tenang ketika Komathy menjatuhi hukum.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian kira-kira pukul 9 malam, Perumal bersama isteri dan dua anak mereka sedang menonton televisyen di rumah sebelum Devinthiran dan seorang lagi lelaki datang mengetuk pintu dan memanggil keluar si mati.

Pada masa itu, isteri Perumal melihat lelaki itu menarik kedua-dua tangan suaminya ke belakang manakala Devinthiran pula menikam leher kiri mangsa menggunakan pisau sepanjang kira-kira 8.5 cm.

Bedah siasat oleh Pakar Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Dr Mohd Shafie Othman mendapati punca kematian adalah akibat luka tikaman di leher.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffrey Ong manakala Devinthiran diwakili peguam R.Viknesvaran. – BERNAMA

Tags: hukuman matikes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Makkal Kural Malaysia memohon tindakan undang-undang yang paling tegas, saksama dan tanpa pilih kasih diambil terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd