• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejohanan Silat Antarabangsa: Malaysia Juara Keseluruhan

oleh Ahmad Albab
12/09/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia muncul juara keseluruhan Kejohanan Silat Antarabangsa Terbuka Malaysia yang berlangsung di Stadium Titiwangsa dari 9 hingga 12 Sept.

Skuad negara mengumpul 10 pingat emas, masing-masing empat menerusi acara silat tanding lelaki dan wanita, satu menerusi acara silat seni wanita dan satu daripada acara berpasukan yang berlangsung hari ini.

Selain itu, mereka turut meraih satu pingat perak dan gangsa dalam kategori tanding lelaki.

Naib juara dimenangi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan tiga emas, satu perak dan empat gangsa diikuti Thailand dengan satu emas, tiga perak dan dua gangsa.

Skuad negara meraih emas ke-10 dalam acara berpasukan selepas menundukkan Thailand 4-1 dalam perlawanan akhir yang turut disaksikan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Skuad negara hampir memperolehi kemenangan percuma apabila Thailand menarik diri kerana tidak puas hati dengan keputusan wasit terhadap jatuhan yang dibuat pesilat negara, Mohd Al-Jufferi Jamari ketika menentang Adilan Cek Meng.

Namun, selepas berbincang dengan beberapa pegawai pertandingan di samping mendapat sokongan penonton yang mahukan pesilat Thailand meneruskan aksi mereka, Adilan kembali ke gelanggang dan pertukaran wasit juga dilakukan.

Pemenang pingat emas Sukan SEA, Mohd Al-Jufferi membuktikan beliau memang tiada tandingan apabila menundukkan Adilan 5-0, sebelum Siti Zubaidah Che Omar mengutip mata kedua negara selepas menewaskan Ploytika Amloy 5-0.

Mohd Fauzi Khalid meneruskan kecemerlangan skuad negara apabila mengutip mata ketiga selepas mengalahkan Kuibrohem Kubaha sebelum Noor Farahana Ismail tewas kepada Firdad Duromae untuk memberi mata tunggal kepada Thailand.

Muhamad Faizul M. Nasir mengesahkan kemenangan Malaysia selepas menewaskan Tien Terapong.

Sementara itu, Mohd Al-Jufferi dan Siti Humairah Kasidin dinobatkan sebagai pesilat lelaki dan wanita terbaik kejohanan. – BERNAMA

Tags: silat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Bersilat Di Tanah Kubur Tiada Unsur Pemujaan

Video Tular Lelaki Bersilat Di Tanah Kubur Tiada Unsur Pemujaan

23/11/2025
0

KLUANG – Tiada sebarang unsur pemujaan atau ritual bercanggah syarak di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, di sini, susulan...

UNESCO Iktiraf Silat, Mak Yong, Dondang Sayang, Songket Negara

UNESCO Iktiraf Silat, Mak Yong, Dondang Sayang, Songket Negara

19/07/2022
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf enam elemen warisan tidak ketara (WTK) dari Malaysia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd