• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedaulatan Makanan Dasar Strategik Penting Malaysia

oleh Ahmad Albab
28/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kedaulatan makanan, merujuk kepada keupayaan negara menghasilkan makanan sendiri dan kebergantungan terhadap bekalan makanan import, merupakan dasar strategik penting buat Malaysia.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata dasar itu penting kerana sekiranya Malaysia terlalu bergantung kepada bekalan makanan import, negara akan bergantung kepada belas ihsan negara luar yang boleh mendatangkan kesan terutamanya daripada segi geopolitik.

“Bukan setakat kita bergantung kepada belas ihsan mereka tetapi akan memberi kesan terhadap pembayaran kerana jika kita kurang eksport dan lebih import ia akan beri kesan kepada nilai mata wang kita, malah mata wang jatuh yang diimport jadi lebih mahal.

“Keduanya, kalau kita bergantung kepada import untuk input penghasilan makanan seperti baja, racun, makanan ternakan, mesin dan peralatan ini sebabkan kita bergantung kepada negara luar, kalau apa-apa berlaku daripada segi geopolitik dan sebagainya akan jadikan negara kita lemah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Melaka Tahun 2015 di Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Justeru, Ahmad Shabery berkata adalah penting untuk kerajaan terus menggalakkan rakyatnya menceburi bidang pertanian bagi menambah penghasilan makanan dalam negara dan mengurangkan kebergantungan terhadap makanan import.

Beliau berkata inisiatif bantuan dalam bidang pertanian seperti baja dan subsidi perlu diteruskan kerajaan bagi memastikan kos penghasilan makanan itu dapat dikawal dan tidak terlampau tinggi sehingga menyebabkan bidang pertanian tidak menguntungkan.

“Apa yang terjadi ialah apabila kos menghasilkan makanan dalam negara itu lebih tinggi daripada kos untuk import daripada luar, ramai yang cenderung memilih import dan lama kelamaan tiada orang hendak bertani hasilkan makanan dalam negara,” katanya.

Memberikan contoh pengimportan daging lembu dari negara luar atas faktor harga yang lebih murah berbanding menternak sendiri, beliau berkata ia akan melemahkan keupayaan negara dalam menghasilkan daging lembu.

Justeru, katanya bagi meningkatkan keupayaan negara menghasilan daging lembu serta memenuhi 50 peratus permintaan rakyat, ia memerlukan pelaburan yang amat besar antara RM4 bilion dan RM5 bilion.

“Kita lihat secara menyeluruh, kita nak tarik pelabur dalam bidang ini dan melakukan perbincangan dengan kementerian lain serta melihat kepada pelaksanaan pelbagai kempen. Kita juga lihat daripada akar umbi seperti peranan pertubuhan peladang untuk bantu kita tingkatkan penghasilan makanan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Shaberymakanan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

19/02/2023
0

SEOUL – Seorang bekas guru tadika dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana meletakkan detergen dan bahan penghalau nyamuk ke dalam...

Dunia Kehabisan Makanan Tahun 2050

25/04/2022
0

WASHINGTON – Saintis-saintis memberi amaran bahawa dunia diramal kehabisan makanan dalam tempoh 27 tahun akan datang, lapor akhbar Daily Star...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd