• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Lakar Kemenangan Sulung Kempen Piala Malaysia

oleh Ahmad Albab
19/09/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara Liga Perdana, Kedah mengutip tiga mata berharga dalam saingan Piala Malaysia 2015 selepas melakar kemenangan selesa 5-0 ke atas Terengganu pada aksi Kumpulan A di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Helang Merah mendahului carta kedudukan Kumpulan A dengan empat mata hasil satu kemenangan dan satu seri.

Penyerang import dari Brazil, Sandro Da Silva muncul wira pasukan Kedah apabila meledak hatrik pada minit ke-51, ke-66 (penalti) dan ke-81.

Dua lagi gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Muhd Farhan Roslan pada minit ke-71 dan Mohd Alif Fadzil pada minit ke-86.

Terdahulu, Terengganu terpaksa beraksi dengan sembilan pemain setelah pengadil, Muhd Nazmi Nasaruddin melayangkan dua kad merah kepada pemain pasukan pelawat yang melakukan kekasaran ke atas pemain Kedah.

Muhd Hafizal Mohamad menerima kad merah pada minit ke-24 selepas mengasari Muhd Farhan sebelum penyerang Terengganu, Norshahrul Idlan Talaha diperintah keluar padang pada minit ke-75 selepas mengasari Osman Md Yusuf.

Di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, pasukan Kelantan gagal mengutip mata penuh di laman sendiri selepas seri 1-1 menentang Felda United pada aksi Kumpulan C.

Gilmar da Silva meletakkan skuad ‘The Red Warriors’ di hadapan pada minit ke-48 selepas bijak menyambar bola yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Felda United, Mohd Farizal Harun, sebelum pasukan pelawat menyamakan kedudukan hasil jaringan Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-63.

Esok, enam lagi perlawanan Piala Malaysia akan berlangsung melibatkan, masing-masing dua perlawanan dalam Kumpulan B dan D selain satu perlawanan dalam Kumpulan A dan C. – BERNAMA

Tags: Piala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas Berikutan Serangan Siber

Padang Rosak Stadium Nasional Tak Banyak Berubah

08/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Keadaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil tampak tidak banyak berubah ketika aksi final Piala Malaysia antara Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd