KUALA LUMPUR – Keadaan keselamatan sepanjang “Himpunan Rakyat Bersatu” di Padang Merbok di sini pada petang Rabu secara keseluruhannya terkawal.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md. Isa berkata, tiada sebarang insiden yang tidak diingini atau laporan berhubung keganasan diterima, setakat ini.
“Tiada keganasan yang dilakukan oleh peserta Himpunan Rakyat Bersatu serta bermula sejak 12 tengah hari tadi.
“Angggota polis akan terus mengetatkan kawalan keselamatan di semua kawasan terlibat bagi memastikan keselamatan semua pihak,” kata kepada Bernama ketika dihubungi.
Ribuan peserta “Himpunan Rakyat Bersatu” berhimpun di Padang Merbok, yang diterajui oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) dengan kerjasama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.
Perhimpunan tersebut diadakan antaranya sebagai reaksi balas terhadap himpunan haram tanpa permit Bersih 4.0 yang diadakan di ibu kota pada 29 dan 20 Ogos lalu.
Selain itu, perhimpunan yang turut digelar sebagai Himpunan ‘Baju Merah’ itu menyatakan sokongan terhadap kerajaan Malaysia yang dipilih secara demokrasi serta menolak politik ekstremis. – BERNAMA
https://www.youtube.com/watch?v=ebl5O86wNJg
https://www.youtube.com/watch?v=4SMj_eAj3n8

