• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPN Nafi Caj Bayaran Proses MyKad Konon Naik

oleh Ahmad Albab
26/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan khabra angin bahawa bayaran proses MyKad kononnya dinaikkan dari RM10 ke RM50 seperti tersebar di media sosial.

JPN dalam satu kenyataan media yang dimuat naik menerusi laman sesawang rasminya hari ini menyatakan maklumat yang tersebar tersebut adalah tidak benar.

“Sehingga kini tiada sebarang perubahan caj bayaran yang dikenakan ke atas permohonan MyKad,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, JPN mengharapkan kerjasama orang ramai untuk tidak mempercayai sumber berita dari laman sosial atau media tidak rasmi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

“Ingin ditegaskan bahawa sebarang penyiaran maklumat berkaitan kad pengenalan atau hal ehwal berkaitan jabatan ini hanya boleh disahkan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara dan Pegawai yang dilantik sahaja,” menurutnya.

Dalam kenyataan sama, JPN memaklumkan penukaran MyKad adalah digalakkan namun ia bukanlah diwajibkan dan MyKad sedia ada juga masih sah diguna pakai.

Selain itu pengeluaran MyKad adalah merupakan perkhidmatan yang berterusan tanpa tarikh tutup dan tanpa sebarang tambahan bayaran.

Sehubungan itu, bagi sebarang maklumat yang berkaitan dengan JPN, orang awam dinasihat untuk melayari laman web rasmi JPN di www.jpn.gov.my atau menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di talian 03 – 8880 7077 atau e-mel ke [email protected] BERNAMA

Tags: JPNMyKad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPN: Penjara Tiga Tahun Jika Guna Mykad Orang Lain Beli Petrol

JPN: Penjara Tiga Tahun Jika Guna Mykad Orang Lain Beli Petrol

06/04/2026
0

JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menggunakan MyKad orang lain - termasuk milik ahli keluarga...

13,632 MyKad Alami Cip Rosak Diganti Dalam 5 Hari – Saifuddin

13,632 MyKad Alami Cip Rosak Diganti Dalam 5 Hari – Saifuddin

27/09/2025
0

SANDAKAN: Sejumlah 13,632 MyKad yang mengalami kerosakan cip diganti dalam tempoh lima hari di seluruh negara sejak kerajaan mengumumkan kemudahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd