• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Malaysia Kongsi Detik Pilu Tragedi Di Masjidil Haram

oleh Ahmad Albab
22/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Kejadian kren tumbang di Masjidil Haram di sini yang menyebabkan lebih 100 orang terkorban dan ratusan lagi cedera pada Jumaat petang (11 September), sungguh memilukan.

Ia berlaku ketika hanya tinggal 11 hari lagi untuk semua jemaah haji dari seluruh dunia berkumpul untuk berwukuf di Arafah dekat sini yang dijadualkan pada 22 September depan.

Setakat ini, pihak Tabung Haji (TH) mengesahkan tiada jemaah haji Malaysia terkorban, manakala hanya enam jemaah dari negara kita yang dilaporkan cedera.

Beberapa jemaah haji Malaysia yang berada di Masjidil Haram ketika kejadian itu berkata, mereka amat terkejut dan panik dalam kejadian yang sungguh memilukan seluruh umat Islam itu.

Menceritakan kejadian itu, Mahzan Misni, 49 tahun; berkata ketika kejadian, beliau sedang menunaikan solat sunat di Masjidil Haram.

“Tiba-tiba terdengar dentuman yang sangat kuat, saya ingatkan petir, selepas dentuman itu, suasana jadi kelam kabut, bahagian saie di tingkat satu menjadi gelap (dengan debu selepas kren tumbang),

“Sejurus selepas itu saya lihat mayat bergelimpangan, terdapat jemaah haji yang berlumuran darah, malah ada darah mangsa yang maut terpercik mengenai pakaian mereka, ” katanya.

Beliau bersyukur selamat dalam kejadian itu walaupun berada yang hanya beberapa meter sahaja dari tempat kren tumbang itu.

“Selepas pulang dari masjid, semua rakan sebilik ada di penginapan hotel, Alhamdulillah, sepanjang jalan pulang, saya berdoa agar semua rakan sebilik saya selamat,” katanya.

Mahzan menginap bersama enam jemaah lain di Maktab 88, bangunan Abaj Al-Jandriah yang terletak kira-kira 750 meter dari kawasan Masjidil Haram.

Pihak TH di sini turut bergegas membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik di semua maktab penginapan jemaah Malaysia di Tanah Suci.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dalam sidang akhbar jam 8.45 malam (waktu Arab Saudi semalam; 1.45am pagi tadi waktu Malaysia) berkata pihaknya membuat pemeriksaan bilik ke bilik.

Ia perlu dilakukan bagi menyemak senarai jemaah Malaysia yang berada di Tanah Suci bermula selepas waktu Isyak.

Kebanyakan jemaah haji Malaysia menunaikan solat Isyak di Masjidil Haram sebelum pulang ke penginapan masing-masing selepas berada di masjid berkenaan sejak waktu Asar atau Zuhur.

Mohd. Razak Jaid, 59 tahun, jemaah haji Malaysia berasal dari Kepong di Kuala Lumpur berkata ketika kejadian beliau berada di tingkat dua, di kawasan saie berkenaan.

Beliau turut bertindak membantu jemaah haji lain yang nyata terpinga-pinga dengan kejadian tersebut.

“Saya sempat menarik seorang jemaah haji dari Thailand ketika berlaku runtuhan batu-bata selepas kren berkenaan menghempap kawasan saie itu, keadaan menjadi kelam kabut.

“Jemaah dari dalam kawasan saie, mahu berlari ke arah luar, manakala jemaah haji di kawasan luar, mahu masuk ke dalam,” katanya.

Bekas pesara polis itu berkata dia turut melihat mayat-mayat yang bergelimpangan itu: “Saya tengok jemaah yang mati, melihat tanda atau tag yang mereka pakai, dalam keadaan kelam kabut itu,

“Saya tak nampak mayat yang memakai tag atau pengenalan sebagai jemaah Malaysia. Keadaan semakin tidak terkawal apabila jemaah mula berasak-asak mahu keluar dari kawasan kejadian, sungguh memilukan melihat mayat bergelimpangan,” katanya.

Seorang lagi jemaah haji, Zaiton Isa, 57 tahun; berkata ketika kejadian, dia dan rakan sebiliknya Zurina Zakaria, 49 tahun; yang menetap di Abraj Al-Janadriah, sedang berada di tingkat dua di kawasan saie berkenaan.

“Tiba-tiba bunyi dentuman kuat, saya ingatkan bangunan runtuh, jemaah haji mula bersesak-sesak mahu keluar dari kawasan itu,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian yang tak mampu digambarkannya itu.

Zaiton berkata dia bersesak-sesak untuk keluar dari kawasan berkenaan, dan bersyukur apabila tiba di luar masjid, rakan sebiliknya Zurina, berada di belakangnya.

Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, setakat ini sekurang-kurangnya 107 orang meninggal dunia, manakala 238 lagi dilaporkan mengalami kecederaan.

Sementara itu, Syed Saleh yang juga Pengurus Besar Kanan TH berkata, selain membuat pemeriksaan bilik ke bilik, pihaknya juga akan melakukan pemeriksaan di hospital-hospital Arab Saudi.

Ini sekiranya terdapat jemaah haji yang telah dibawa ke sana selepas kejadian itu.

Kejadian kren tumbang itu dilaporkan berlaku semasa hujan dan ribut pasir di kawasan Masjidil Haram yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pembesaran. – BERNAMA

https://youtu.be/5CGlOS3yCXw

https://youtu.be/Iq5pbz6qsf8

Tags: jemaah hajimasjidil haram
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd