• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Orang Larikan Diri Bersama Kekasih Tomboi

oleh AK-47
14/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG ahli perniagaan dari Ipoh, Perak merayu agar cucu perempuan segera kembali ke rumah selepas dia dipercayai melarikan diri bersama seorang wanita berperwatakan tomboi.

Hew Hoon Yean, 68, berkata cucunya, Poh Yee, 18, kali terakhir dilihat di kediamannya Jumaat lalu.

Poh Yee turut meninggalkan anak lelakinya berusia 18 bulan kepada ahli keluarganya yang lain.

Menurut Hoon Yean, cicitnya itu setiap hari merengek rindukan ibunya dan sentiasa bertanyakan keberadaan Poh Yee.  Suami Poh Yee pula bekerja di Singapura.

Poh Yee dipercayai berubah sikap sejak pulang dari bercuti di Kuala Lumpur dua bulan lalu dan menjadi semakin berahsia dengan ahli keluarganya.

“Dia sentiasa leka dengan Facebook dan setiap kali dapat panggilan telefon, dia akan menjawabnya jauh dari kami semua.

“Masa itu kami dah perasan tingkah lakunya yang pelik tapi tak berapa fikirkannya sehinggalah dia melarikan diri baru-baru ini,” katanya memetik The Star.

Susulan itu, Hoon Yean membuat laporan polis berhubung kehilangan cucunya itu selepas usaha mencari dan mengesan Poh Yee menemui jalan buntu.

Hoon Yean berharap pihak polis akan mengambil tindakan terhadap tomboi yang dipercayai telah mempengaruhi Poh Yee sehingga dia melarikan diri dari rumah sehingga mengabaikan anak tunggalnya. – MYNEWSHUB.CC

Dera: Ibu tiri dan suami dipercayai lari ke Thailand

Tags: Jenayahlaporan polis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Usaha Mencari Jemaah Malaysia Yang Hilang Masih Diteruskan

Next Post

Lihat Semula Matlamat Sebenar Penyertaan Pesaka Dalam Perhimpunan 16 Sept Ini

Related Posts

Na’imah Tuntut Keadilan Laporan Polis Berstatus NFA

Na’imah Tuntut Keadilan Laporan Polis Berstatus NFA

23/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Pihak pembelaan isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin menegaskan tidak akan berdiam diri dalam menuntut...

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

23/04/2025
3

GEORGE TOWN - Seorang guru wanita berusia 27 tahun dari Machang Bubok, Seberang Perai Tengah membuat laporan polis selepas menerima...

Next Post

Lihat Semula Matlamat Sebenar Penyertaan Pesaka Dalam Perhimpunan 16 Sept Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd