Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Geran RM100,000 Setiap Koperasi...

KUALA LUMPUR : Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) memperuntukkan RM100,000 dalam bentuk...

PM Ucap Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada...

LHDN Minta Maaf Silap...

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengakui agensi itu melakukan kesilapan...

Lebih Ramai Kaum Cina...

IPOH - Ditubuhkan pada 1 Jun 1958, pasukan Askar Wataniah telah berkembang dan...

Isteri Asfan: Kami Memilih Untuk Lupakan Kisah Lama

SUSULAN insiden penyanyi Asfan ditumbuk adik iparnya, Bil Azali, isteri Asfan akhirnya tampil memberi penjelasan bahasa dia dan suami mengambil pendekatan untuk melupakan kisah lama yang terjadi di antara ahli keluarganya itu.

Ain Sakinah berkata dia memahami tindakan yang dilakukan oleh adiknya dan meminta pihak menghormati keputusan mereka dalam menyelesaikan perkara tersebut.

Asfan Shah Mengaku Insiden Ditumbuk Adik Ipar Di KLIA

“Rumah tangga mana yang tak bermasalah? Asfan pun sudah berjanji untuk tidak mengulanginya. Saya juga perlu bertanggungjawab terhadap keluarga. Tiga tahun berkahwin memanglah bukan tempoh lama. Hakikatnya, membina rumah tangga bukan semudah disangka. Ketika hendak berkahwin dulu pun bukannya senang. Hanya kami berdua yang tahu cabarannya. Masing-masing perlu berkorban.

“Saya sebagai kakak memahami tindakan Bil. Kami rapat dan dia sayangkan saya. Tetapi apa yang bermain di fikiran Bil ialah kejadian sebelum ini. Macam sekarang saya dan suami memilih untuk melupakan kisah lama. Saya ada menghubungi Bil dan bertanyakan perkara sebenar. Ketika insiden menumbuk itu, saya tiada di tempat kejadian.

“Dalam perkahwinan ini, jika terus hendak bercerai apabila timbulknya sesuatu masalah, ia bukanlah jalan pintas. Pernikahan satu ikatan suci. Ia bukan setakat janji antara suami isteri tetapi lebih daripada itu dan ia juga janji kepada Allah. Jika saya sendiri boleh maafkan suami, saya harap orang lain di luar sana boleh ambil pendekatan berdiam diri dan tidak mencampuri urusan ini.

“Hormatilah keputusan ini kerana ia pilihan bersama kami demi kebaikan bersama. Di sebalik apa yang terjadi, kami tidak boleh mementingkan diri. Kami ada anak untuk dibesarkan. Mengenai isu orang ketiga pula, andai ia wujud, saya harap wanita di luar sana akan menghormati saya. Kepada mana-mana yang pernah ada kaitan dan teringin nak ada kaitan dengan Asfan, saya rasa lebih baik tak payahlah buat demikian,” ujarnya memetik akhbar Berita Harian.

Harap-harapnya dengan penjelasan panjang lebar Ain ini dapat meredakan kisah pergolakan rumah tangga mereka seperti yang didakwa baru-baru ini.


Abaikan Isteri Punca Asfan Makan Penumbuk Adik Ipar

Semoga ikatan jodoh di antara Asfan dan isteri akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Biasalahkan dalam rumah tangga pasti ada sahaja masalah yang timbul, sedangkan lidah lagi tergigit.

Tapi kalau diselesaikan secara baik, pasti akan bertemu jalan penyelesaian juga nanti seperti pendekatan yang diambil Asfan dan isterinya. – MYNEWSHUB.CC

Asfan Jawab Isu Bertumbuk di KLIA

https://www.youtube.com/watch?v=Xoev9btCVMk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori