Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PRU15: Norhizam Sedia Tanding...

MELAKA - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan...

Mayat Nelayan Lemas Ditemukan

MELAKA - Mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang di laut sejak Khamis lepas...

400 Anggota APM Terlibat...

SANDAKAN - Empat ratus anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan ditugaskan membantu...

Calon SPM P.Pinang Hadapi...

GEORGE TOWN - Hanya selepas seminggu banjir kilat melanda ibu negeri Pulau Pinang...

Israel Tidak Boleh Dibiarkan Bebas Tanpa Hukuman – Anifah Aman

NEW YORK – Israel tidak boleh dibiarkan bebas tanpa hukuman berhubung tindakannya berterusan melakukan serangan dan pencerobohan di Al-Quds Al-Sharif, termasuk serangan baru-baru ini ke atas Masjid Al-Aqsa yang menyedihkan rakyat Palestin dan umat Islam di seluruh dunia.

Menegaskan tindakan pelanggaran hak secara provokotif dan terang-terangan oleh Israel itu langsung tidak boleh diterima, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman berkata tindakan itu jelas melanggar pelbagai undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Namun, pihak Israel terus melakukannya dan bebas daripada hukuman. Kita tidak boleh membiarkan ini berterusan tanpa sebarang tindakan undang-undang terhadap mereka,” katanya.

Anifah berkata demikian semasa menyampaikan kenyataan Malaysia pada mesyuarat kedua Kumpulan Hubungan mengenai Mempertahankan Perjuangan Palestin dan Al-Quds Al-Sharif, Peringkat Menteri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di sini pada Sabtu.

Malaysia, katanya mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan oleh Israel ke atas masjid itu dan serangan terhadap umat Islam.

“Adalah jelas bahawa tindakan tidak bertanggungjawab Israel itu merupakan kesinambungan daripada strategi jangka panjang mereka untuk memisahkan Masjid Al-Aqsa kepada bahagian dan waktu.

“Ia juga merupakan cubaan untuk mengubah ciri-ciri Islam Arab dan struktur demografi Al-Quds Al-Sharif,” kata Anifah.


Menteri Luar berkata provokasi serius seumpama itu berpotensi mencetuskan keganasan sehingga di luar kawasan Baitulmaqdis berikutan ketegangan akibat isu-isu keselamatan lain kian memuncak.

Beliau menegaskan masyarakat antarabangsa perlu tahu akan impak serius daripada serangan dan pencerobohan berterusan oleh Israel ke atas Al-Quds Al-Sharif.

“Mereka perlu sedar bahawa tindakan yang dilakukan oleh regim Israel itu boleh mencetuskan lebih banyak keganasan dan berpotensi menjadi konflik agama.

“Ini tidak disangsikan boleh mengancam keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa,” kata Anifah. – BERNAMA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori