• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Impian Mak Meninggal Dunia Di Makkah Termakbul – Anak

oleh AK-47
14/09/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – “Impian mak untuk meninggal dunia di Makkah termakbul,” kata anak ketiga Allahyarham Rusiah Suar, 56.

Hariyanti Ahmad Badri, 31, berkata beliau reda kerana itu adalah ketentuan Ilahi.

“Dia ada beritahu teringin sangat nak meninggal di Makkah. Kami reda sebab perkara itu memang diidamkan oleh umat Islam.

“Saya menyangka itu adalah satu gurauan. Bagaimanapun sebagai anak saya sedih atas pemergiannya,” katanya kepada pemberita di kediamannya, di Felda Besout 2, di sini, malam ini.

Beliau berkata berita pemergian ibunya dimaklumkan kepada keluarganya oleh Tabung Haji (TH) yang datang ke rumah pada kira-kira 7.45 malam tadi.

“Pihak Tabung Haji beritahu menemui mayat ibu di sebuah hospital di Makkah, namun mereka tidak memaklumkan bagaimana insiden itu berlaku,” katanya.

Hariyanti berkata dia dimaklumkan TH akan menguruskan proses pengebumian ibunya di Makkah.

Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata rakan sebilik ibunya memaklumkan bahawa arwah rebah dan pengsan ketika insiden itu berlaku.

“Selepas menerima berita insiden itu, saya meminta suami menelefon kawan ibu saya untuk bertanya keadaan yang berlaku dan dia memberitahu ketika melakukan saie, kren jatuh mak saya terus rebah.

“Ketika itu kawan-kawan mak nak tolong tetapi orang di sana tidak benarkan…selepas itu kawan-kawan mak terus terputus hubungan dengan mak,” katanya.

Sementara itu, Nor Haizan, 34, berkata ibunya teruja untuk menunaikan ibadah haji.

“Semasa di Tabung Haji Kelana Jaya, mak sempat bergurau dengan kami dan nampak dia teruja. Semasa melakukan persiapan, mak nak semua barang-barang keperluan baru dan dibeli awal,” katanya.

Nor Haizan terkilan kerana pemergian ibunya seminggu sebelum Aidiladha sama seperti Allahyarham ayahnya yang menghembuskan nafas terakhir sehari sebelum Aidiladha pada 2007.

“Saya reda kerana itu sudah ketentuan,” katanya sambil menambah solat jenazah ghaib telah dilakukan selepas maghrib hari ini dan majlis tahlil akan dijalankan esok. – BERNAMA

Tags: KrenMakkahMekah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

14/04/2026
0

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋 Alhamdulillah Pendaftaran dan Tempahan Bagi Ibadah Korban pada tahun ini...

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

14/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden maut di timur laut Thailand, hari ini apabila sebuah kren pembinaan tumbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd