• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Tahan 15 Wanita Warga Asing Di Sungai Petani

oleh Ahmad Albab
16/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Kedah menahan 15 wanita warga asing dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Sungai Petani awal pagi ini.

Pengarahnya Mohamad Yusri Hashim berkata dalam operasi kira-kira pukul 12.10 pagi itu, mereka yang ditahan terdiri tujuh warga Thiland, lima warga Vietnam dan tiga warga Laos berumur antara 19 hingga 35 tahun.

“Hasil siasatan mendapati warga asing yang bekerja di pusat hiburan itu telah melanggar syarat pas lawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya seorang lelaki tempatan berumur 27 tahun yang dipercayai penjaga premis turut ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana kesalahan melindungi warga asing.

Sementara itu, katanya 18 lelaki Nepal dan empat lelaki Bangladesh berumur 19 hingga 35 tahun ditahan di sebuah premis dan motel di Pantai Chenang, Langkawi kira-kira pukul 10 malam semalam kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. – BERNAMA

 

Tags: Imigresenwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd