SUDAH sedia maklum, watak epik filem adiwira, Wolverine bakal dilepaskan oleh pelakon hebat, Hugh Jackman tidak lama lagi.
Hugh, 46, sebelum ini telah membuat kenyataan bahawa beliau akan bersara daripada memegang watak hebat itu selepas membuat kemunculan buat kali terakhir dalam filem Wolverine 3 yang akan ditayangkan pada 2017 nanti.
Namun, siapakah yang bakal menggantikannya untuk watak ganas itu nanti? Persoalan itulah yang bermain-main dalam fikiran setiap penggemar serta peminat filem Marvel itu.
[HUGH JACKMAN AKAN TINGGALKAN WATAK HEBAT WOLVERINE]
Jawapan yang dinanti-nantikan masih lagi dirahsiakan walaupun ada beberapa nama pelakon sudah mula menjadi bualan untuk menggantikan Hugh nanti.
Walau bagaimanapun, menerusi satu temubual bersama MTV, Hugh telah mendedahkan pilihannya yang tersendiri untuk membawa watak Wolverine itu nanti.

Tidak menafikan soalan mengenai siapa yang dapat menggantikan wataknya itu sering diajukan namun beliau tidak dapat merungkaikan persoalan tersebut.
Tetapi secara peribadi, Hugh telah memilih Tom Hardy sebagai penggantinya. Sesuai juga kan?
“He’s younger than me for sure, I think Tom Hardy would be a great Wolverine,” katanya.
Mungkin dari segi fizikal Tom yang sering membawa watak ganas dan lasak membuatkan Hugh memilihnya sebagai ganti untuk watak Wolverine.

Namun, itu hanyalah pendapat peribadi Hugh, penggantinya untuk watak Wolverine itu masih belum didedahkan secara rasmi lagi. Sama-sama kita nantikannya! – Agensi/MYNEWSHUB.CC
Hugh Jackman mahu Tom Hardy pegang watak Wolverine akan datang.