• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Himpunan Rakyat Bersatu’: Penganjur Sedia Bayar Bil RM50k

oleh Ahmad Albab
21/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak penganjur ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ sedia membayar kos pembersihan berjumlah RM50,000 bagi perhimpunan itu, yang diadakan di ibu negara, Rabu lalu.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menanggung kos pembersihan itu.

“Sebelum penganjuran kami memang sedia maklum tentang perkara ini dan saya rasakan jumlah ini adalah munasabah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Baca: Himpunan ‘Baju Merah’ Sah Tiada Bau Busuk Air Kencing

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd. Amin Abd Aziz berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjumlahkan bil kos pembersihan sebanyak RM50,000 kepada penganjur ‘Himpunan Rakyat Bersatu’.

“Jumlah ini termasuk kos pembersihan daripada Alam Flora sebanyak RM38,000 dan pembersihan oleh DBKL pula RM12,000,” katanya.

Mhd. Amin berkata tiada kos kerosakan yang dikenakan dan bil ini dijangka akan diserahkan kepada penganjur dalam masa seminggu.

Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos juga menyatakan hasratnya untuk turut sama memikul tanggungjawab bagi membayar kos pembersihan tersebut.

“Kami bersikap profesional dan tidak akan lari daripada tanggungjawab dan kami tidak mempunyai masalah dan isu untuk membayarnya,” katanya.

Berlangsung di Padang Merbok, di sini, himpunan yang diterajui Pesaka itu dianjurkan sebagai tindak balas membantah perhimpunan Bersih 4 di kawasan sekitar Dataran Merdeka pada 29 dan 30 Ogos lepas.

Awal bulan ini, DBKL menghantar bil kos pembersihan kepada penganjur perhimpunan Bersih 4 sebanyak RM65,000 dan akan menghantar bil tuntutan penugasan dan kerosakan berjumlah RM61,840 pada hujung bulan ini. – BERNAMA

Tags: DBKLHimpunan Rakyat Bersatu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lebih banyak program seperti Festival Muzik Air Rain Rave 2026 yang boleh dibanggakan dan dinikmati bersama akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd