• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Himpunan Rakyat Bersatu Manifestasi Kebangkitan Melayu

oleh Ahmad Albab
21/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Himpunan Rakyat Bersatu di ibu negara pada Rabu lepas merupakan manifestasi kebangkitan orang Melayu untuk mempertahankan maruah dan kepimpinan negara daripada dikutuk dan dihina.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun beberapa perhimpunan haram yang diadakan sebelum ini telah mencabar maruah orang Melayu, namun mereka masih lagi tetap bersabar.

Tetapi himpunan tanpa permit Bersih 4 yang diadakan bulan lepas dianggap kemuncaknya apabila beberapa peserta perhimpunan itu bertindak melampaui batas memijak gambar dan menghina kepimpinan negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Silat Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Merdeka 2015 di Dataran Merdeka, di sini malam Jumaat.

Berucap di hadapan kira-kira 15,000 pesilat dari seluruh negara, Najib memberi perumpamaan dengan berkata: “Sekali tampar, kita tak buat apa. Dua kali tampar…tak buat apa..tiga kali tampar..tak buat apa..

“Tapi empat kali tampar, itu sudah melampaui batas. Orang Melayu pun ada hak juga. Orang Melayu boleh bangun bila maruah mereka tercalar.

“Apabila pemimpin dihina, dikutuk dan dipermalukan. Cukup jangan sesiapa ulang perbuatan durjana seperti ini,” tegas Najib.

Perdana menteri berkata perhimpunan pesilat pada malam ini juga menunjukkan kesediaan mereka untuk mempertahankan maruah negara daripada dihina.

Najib dalam ucapannya turut mengingatkan pihak berkenaan bahawa kerajaan yang sedia ada tidak akan boleh ditukar hanya melalui demonstrasi jalanan secara haram.

“Jangan fikir kerajaan hari ini tidak ada sokongan… 15,000 yang berhimpun malam ini pun adalah penyokong kita,” katanya dan disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin.

Beliau turut menyeru seluruh masyarakat untuk tidak termakan ‘racun’ yang ditaburkan dari dalam dan luar, mahupun di alam maya yang mahu mengoncang kerajaan.

Katanya walaupun orang Melayu mempunyai hak untuk marah susulan beberapa perhimpunan haram sebelum ini, namun masih mampu untuk berkumpul secara bertamadun.

“Walaupun, sebelumnya dimomokkan konon kalau orang Melayu berhimpun pasti ada kekecohanan tetapi jelas perhimpunan itu masih berlangsung aman.

“Tiada sepanduk hasut atau perkauman, tak ada pihak pijak gambar… jadi orang lain tidak harus khuatir, kita bukan orang yang buat himpunan atau demonstrasi jalanan untuk tukar kerajaan,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Pesaka, Tan Sri Mohd. Ali Rustam; Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.

Najib pada majlis itu turut mengisytiharkan silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara, dan mahu melihat persilatan Melayu terus dikembangkan dalam setiap sudut.

Ini termasuk di pejabat kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), mahupun universiti. “Kita mahu dunia persilatan Melayu diangkat darjah dan maruahnya,” katanya.- BERNAMA

https://youtu.be/4SMj_eAj3n8

Tags: Himpunan Rakyat BersatuNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd