• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Himpunan Rakyat Bersatu Diteruskan – Najib Tun Razak

oleh AK-47
17/09/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perhimpunan aman ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ yang dijangka berlangsung Rabu ini, boleh diteruskan, namun perlu mematuhi undang-undang.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pendirian itu dibuat selepas menilai pelbagai pendapat daripada semua komponen parti terhadap penganjuran perhimpunan aman itu.

“Kita telah bincang perkara ini secara panjang lebar di mana parti komponen BN telah memberi banyak pendapat dan kita bersetuju untuk tidak bersetuju (we agree to disagree) atas pendirian yang dibentangkan.

“Ada yang melahirkan kebimbangan dan ada yang tidak setuju dan yang berpendapat kata 16 Sept hari yang bukan hari yang sesuai. Saya sebagai Pengerusi BN menghormati pandangan yang disampaikan rakan kita dalam BN,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini.

Mesyuarat kira-kira dua jam itu, yang pertama diadakan sejak rombakan kabinet pada 28 Julai lepas.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini memberi kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan perhimpunan aman ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ di Padang Merbok.

Najib, bagaimanapun berkata sekiranya perhimpunan itu diadakan, ia mestilah mematuhi segala undang-undang sedia ada serta mendapat kelulusan tempat oleh pihak berkuasa selain mematuhi arahan polis.

“…semua undang-undang negara mesti dipatuhi termasuk undang-undang Akta Hasutan dan bentuk poster mesti tidak berbaur perkauman dan menimbulkan isu-isu yang danggap hasutan dan perkauman,” katanya.

Beliau turut mengingatkan perhimpunan itu seharusnya mengelak pergeseran dan perbalahan yang boleh menggugat keamanan berikutan hari itu merupakan hari bersejarah penubuhan Malaysia pada 16 Sept 1963.

“Tidak boleh berlaku apa-apa pergeseran dan perbalahan. Polis akan memastikan kawalan ketat,” katanya, sambil menambah bahawa pada Rabu ini, beliau bersama pemimpin parti komponen BN akan berada di Kota Kinabalu, Sabah sempena sambutan Hari Malaysia.

Najib berkata semua pihak seharusnya menzahirkan semangat kekitaan dan menyemarakkan lagi sambutan hari bersejarah itu.

Mengenai situasi jerebu yang melanda negara ketika ini, Najib berkata kerajaan sudah mempunyai garis panduan berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan kerajaan akan bertindak berdasarkan situasi.

“Kita ada garis panduan bagi mengatasi peringkat tidak sihat dan sangat tidak sihat yang telah ditentukan. Apa-apa kita tunggu (jika ada) pengumuman yang akan dibuat,” katanya.

Hadir sama pada mesyuarat itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pemimpin tertinggi parti komponen BN. – BERNAMA

Tags: Anti-BersihBersih 4.0Perhimpunan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

12/03/2023
0

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung pengajuran perhimpunan dan perarakan sempena Hari Wanita 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur pagi...

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

24/11/2022
0

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli meminta penyokong dan anggota parti serta Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd