• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Malaysia Disambut Meriah Penuh Warna Warni

oleh Ahmad Albab
19/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sambutan ulang tahun Hari Malaysia di Padang Merdeka di sini malam Rabu berlangsung penuh meriah, berwarna warni dan dengan semangat patriotik apabila 50,000 rakyat pelbagai kaum hadir menyaksikan upacara bersejarah itu.

Lautan manusia yang rata-ratanya berbaju merah mula membanjiri lokasi sambutan sejak pukul 5 petang dan dihiburkan acara prapersembahan termasuk daripada artis tempatan serta kumpulan koir Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia diiringi kombo Jabatan Penyiaran Sabah.

Mereka sanggup datang lebih awal, termasuk ada yang membawa anak-anak kecil begitu ceria dan bersemangat mengibarkan bendera Jalur Gemilang terutamanya ketika lagu-lagu patriotik didendangkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin tiba di Padang Merdeka pada pukul 8.06 malam.

Hadir sama ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak; Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar yang mewakili Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem; Timbalan-timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan serta barisan menteri-menteri Kabinet Persekutuan dan negeri.

Acara sambutan dimulakan tepat 8.19 malam sejurus ketibaan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah Jasni, dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti lagu negeri Sabah Tanahairku serta tarian kebudayaan pelbagai kaum etnik di Malaysia.

Majlis sambutan diteruskan dengan acara bertafakur selama seminit bagi menghormati sambutan Hari Malaysia, sebelum Musa dijemput untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Perdana menteri kemudian menyampaikan ucapan Hari Malaysia dan diikuti acara menandatangan Buku Catatan sempena Hari Malaysia 2015. Acara itu turut disertai Musa dan Mohamad Asfia sambil disaksikan oleh Juhar.

Sambutan Hari Malaysia turut dimeriahkan dengan acara memotong kek oleh Juhar bersama Najib. Kek Hari Malaysia itu dibawa masuk oleh 16 kanak-kanak yang lahir pada 16 September.

Pada sambutan itu, Pengarah Penerangan Sabah, Datuk Almain Ajirul turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada Perdana Menteri sebelum dipasang di tiang bendera dan dinaikkan sekumpulan pegawai dari Tentera Laut Diraja Malaysia.

Acara rasmi diteruskan dengan penglibatan 1,000 pelajar sekolah yang mempersembahkan acara kebudayaan, tarian dan nyanyian yang terbahagi kepada lima segmen utama merangkumi Segmen Pembentukan Sejarah Malaysia, Segmen Perpaduan Etnik, Segmen Hidup Masa Kini, Segmen Generasi Y dan Segmen menampilkan artis jemputan.

Antara artis yang membuat persembahan ialah Dayang Nurfaizah, Ella, Stacy, Adira dan Firman.

Acara kemuncak hampir empat jam itu berakhir dengan pertunjukan bunga api selama lima minit. – BERNAMA

Tags: Hari Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jerebu: Sekolah Di Beberapa Bahagian Sarawak Diarah Tutup

Next Post

Penghibur Jalanan Separuh Bogel Ajar Anak ‘Topless’

Related Posts

Ajal Ketika Cari Kayu Tiang Bendera Untuk Hari Malaysia

Ajal Ketika Cari Kayu Tiang Bendera Untuk Hari Malaysia

05/09/2023
0

KUCHING : Lelaki yang dilaporkan hilang ketika mencari kayu di hutan berdekatan Jalan Airport, Tanjung Manis dalam Bahagian Mukah, semalam...

PICK Buka Laluan Untuk ‘Merdeka’ Daripada Covid-19

13/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Buat tahun kedua berturut-turut sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia diraikan dalam norma baharu dek penularan Covid-19...

Next Post

Penghibur Jalanan Separuh Bogel Ajar Anak 'Topless'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd